Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mesir Akan Laksana GST...

MESIR akan menggenakan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 14 peratus bermula...

Mengapa Tuduhan Kepada Anak...

Semalam saya tanya Tun Mahathir berkenaan komen beliau berhubung isu hangat mengenai kes...

Pendakwaan Muhyiddin Bukan Serang...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sepatutnya mempertahankan diri di makamah...

DAP Jangan Jadi Pro...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan Malaysia menafikan visa atlet Israel daripada bertanding dalam...

F1: Verstappen Juara GP Malaysia PETRONAS 2017

SEPANG – Pemandu Red Bull, Max Verstappen, meraih hari minggu yang menakjubkan apabila muncul juara perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia PETRONAS 2017 yang juga hadiah ulang tahun ke-20 paling sempurna dalam kariernya musim ini.

Kemenangan itu juga adalah yang pertama buat pelumba kelahiran Belanda itu untuk musim 2017 selepas tujuh daripada 14 perlumbaan sebelum ini menyaksikan dirinya gagal menamatkan saingan.

Verstappen mencatat masa terpantas 1 jam 35.576 saat, manakala pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton kedua, dengan catatan 1:36.932s.

Rakan sepasukan Verstappen yang juga juara di sini tahun lalu, Daniel Ricciardo, ketiga dengan catatan 1:36.589s.


Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel pula bangkit dari petak belakang dengan meraih penamat di tangga keempat, (1:41.345s).

Kali terakhir Verstappen muncul pemenang adalah di GP Sepanyol, Mei tahun lalu. – BH Online

Kategori