Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ustaz Abdul Somad Sah...

PEKAN BARU - Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai...

Tidak Masuk Akal, Bersifat...

LIPIS - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Setiausaha...

Kes Morais: Dr Kunaseegaran...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Pakar Patologi Hospital...

PM Iraq, Raja Arab...

BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi pada Rabu berunding melalui telefon...

FAMA Mahu Budaya Niaga, Pertanian Moden Mahasiswa

PORT DICKSON – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang giat menerapkan budaya berniaga dan pertanian moden dalam kalangan mahasiswa, sebagai usaha menambah pengeluaran makanan dalam negara.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan import bahan makanan dan menstabilkan harga bahan mentah di pasaran tempatan.

“FAMA akan membantu para graduan dengan bantuan kewangan dan bimbingan supaya mereka tahu sedikit sebanyak ilmu dalam perniagaan, lebih-lebih lagi dalam sektor makanan kerana ia mempunyai pasaran serta keperluan tinggi dan boleh dipasarkan ke seluruh dunia.

“Jika negara kita mempunyai banyak keluaran terutama dari segi makanan, secara tidak langsung harga barang akan menjadi stabil, secara tidak langsung rakyat akan mendapat faedah dan anak muda ini dapat memajukan perniagaan mereka (kelak),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Program Keusahawanan Chillax TN50 Siswapreneur Mega Sale MYAGROSIS dan My BestBuy di Politeknik Port Dickson.

Turut hadir Pengarah FAMA negeri Muslim Manja dan Pengarah Politeknik Port Dickson Roslee Yahya.

Badruddin berharap lebih ramai mahasiswa mendekati FAMA untuk bersama memajukan diri dalam bidang perniagaan serta memanfaatkan peluang yang ada, seperti mendapatkan dana yang diperuntukkan kerajaan melalui FAMA.


“Kami memberi jaminan pada peringkat awal para peniaga dan petani muda akan mendapat pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan dan jika tidak mencapai sasaran tersebut kami meneliti masalah mereka dan akan membimbing dengan memeriksa kekurangan dan kelemahan dalam perniagaan tersebut,” katanya.

Bagi anak muda yang berasal dari kampung, mereka lebih memilih untuk menceburi bidang pertanian manakala mereka yang berasal dari bandar pula lebih meminati perusahaan makanan,” katanya.

Badruddin berkata sejak dilancarkan pada Disember 2011, seramai 31,379 mahasiswa daripada 106 Institusi Pengajian Tinggi telah menyertai Kelab Usahawan Siswazah Tani (MYAGROSIS).

Seramai 300 pelajar dan kakitangan Politeknik Port Dickson turut sama dalam sesi dialog bersama Badruddin, yang antara lain berkongsi pendapat berkenaan sektor pertanian dalam negara dan peluang sedia ada. – BERNAMA

Kategori