Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kementerian Air Batal Projek...

KOTA KINABALU - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli membatalkan beberapa projek di...

BNM Kekalkan OPR Pada...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan...

Jemaah Haji Hadapi Dugaan...

ARAFAH - Kejadian ribut pasir yang jarang berlaku ketika musim panas di sini,...

Wira Insiden Pesawat Emirates...

SEORANG anggota bomba maut selepas menjadi wira menyelamatkan 300 penumpang dan anak kapal...

FAP Tolak Peletakan Jawatan Zairil Sebagai Presiden

GEORGE TOWN – Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) malam ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Zairil Khir Johari sebagai presiden FAP.

Timbalan Presiden FAP Datuk Gary Nair menyifatkan keputusan Zairil meletak jawatan itu dua hari lalu, sebagai tindakan tergesa-gesa kerana menyebabkan pengurusan dan pentadbiran FAP dalam keadaan tidak menentu.

“Hari ini kami adakan mesyuarat dan bertanyakan pendapat semua anggota majlis FAP.

Kami semua sebulat suara tidak menerima peletakan jawatan Zairil sebagai presiden. Kita dah tubuhkan sebuah jawatankuasa kecil untuk berjumpa dan memujuk Zairil untuk kekal sehingga penghujung musim. Kita juga ada kekangan kewangan, di mana kita nak cari duit. Kami tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.

“Anggota majlis dah bersetuju untuk meminta Zairil tunggu sekurang-kurangnya sampai AGM (mesyuarat agung tahunan) November ini. Selepas itu, siapa nak jadi presiden terpulang kepada FAP untuk tentukan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu, di sini malam ini.

Selasa lepas, Zairil mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta selepas pasukan Liga Super Pulau Pinang tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.

Zairil berkata beliau selaku presiden FAP mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan pasukan Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super dengan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.


Berbaki satu perlawanan sebelum Liga Malaysia 2017 berakhir, Pulau Pinang hanya mengumpul 12 mata daripada 21 perlawanan dan kini menduduki tangga tercorot liga.

Gary berkata pihaknya akan berjumpa dengan Zairil dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara tersebut.

“Kami juga akan berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam masa terdekat. Kami mahu selesaikan perkara ini dengan elok. Kita boleh berbincang untuk tentukan hala tuju pasukan bola sepak Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

Kategori