Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Trump Terus Berdepan Konspirasi...

ANTHONY Scaramucci menjadi penjawat kanan di White House yang paling singkat memegang jawatan. Hanya...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Gadis Cacat Dibakar Selepas...

TRAGIK... Seorang gadis yang cacat fizikal, telah dibakar hidup-hidup selepas abangnya melarikan diri...

Bakal Ada Kompleks Olahraga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membina sebuah kompleks olahraga...

Fathia: Lebih Baik Awak Merenung Diri!

FATHIA Latiff nama paling hot tiga minggu lalu dengan aksi ngeri bawa mati dalam Bigo Live; aplikasi sembang sosial yang membolehkan ribuan (boleh jadi jutaan) orang melihat secara percuma bahagian terlarang pada tubuhnya.

Bukan senang melihat aksi artis yang mahal bayaran bakatnya sebagai pelakon untuk tampil secara murahan memperaksikan sebahagian buah dadanya.

Fathia menjadi simbol Artis Paling Memalukan (Melucukan?) apabila visual itu dikongsi secara sensasi. Tidak cukup dengan penularan visual itu, Fathia ibarat ‘anak kambing yang jatuh ke *perigi buta*, apabila 24 jam selepas aksi murahan itu, dia dipecat sebagai heroin drama bersiri berjudul Laluna.

Nama Fathia hot lagi tiga hari lalu apabila dia membuat komen pedas mengenai kenyataan ‘cashless’ merujuk pada ucapan Khairi Jamaluddin mengenai masyarakat TN50.

Semalam Fathia mengkritik balas komen pedas netizen yang menyelarnya, sebagai *tidak faham*, *bodoh* atau *dungu* berhubung tafsiran ‘cashless’ yang dirujuknya sebagai ‘barter trade’.

Kata Fathia, dalam dunia demokrasi, dia berhak bersuara.

Hairannya: Siapa yang menghalang dia bersuara?

Bukankah isu sebenarnya, netizen menegur konsep ‘cashless’ yang dikomennya ke arah ‘barter trade’?


Atau Fathia tidak faham: Dalam demokrasi, netizen berhak menegurnya apabila kenyataannya kedengaran sangat bodoh!

Beginilah Fathia. Tak ada orang anggap awak bodoh. Awaklah artis paling cerdik. Malah, mungkin seorang genius. Cuma rujuklah fakta. Perbuatan tidak bermaruah dengan menari sambil menayangkan buah dada membuatkan orang meluat mendengar nama anda.

Itu hakikatnya! Buatlah kenyataan apa pun untuk menggambarkan awak cerdik, tetapi kebodohan daripada isu video tayang buah dada menyebabkan awal dianggap sebal.

Buat masa ini, eloklah berdiam. Pastikan dulu, anda nampak berada dalam period: “Merenung realiti. Apakah patut di negara demokrasi ini, seorang artis muncul di khalayak netizen dengan topless?”

Cashless dan topless elok jangan sampai jadi brainless. – MYNEWSHUB.CC

Kategori