Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Willian Pacheco Tiba Perkuat...

KUALA LUMPUR – Pertahanan import dari Brazil, Willian Silva Costa Pacheco yang menandatangani...

Bella Mahu Move On,...

TAK ada angin, tak ada ribut... Tiba-tiba sahaja pasangan selebriti Nazim Othman dan...

Anwar Berseloroh Tawar Konsultasi...

PORT DICKSON ― Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara...

Calon Suami Sawan, Bakal...

NEW DELHI – Seorang pengantin perempuan di utara India ‘naik marah’ dan meminta...

Fazley Impi Anak Perempuan, Akhirnya Tercapai

TAHNIAH kami ucapkan kepada penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob kini selamat menimang cahaya mata yang keempat hasil perkongsian hidup bersama isteri, Azrene Ahmad.

Impian Fazley, 39, untuk memiliki anak perempuan selama ini akhirnya dikabulkan oleh Tuhan apabila isterinya selamat melahirkan seorang puteri yang comel.

“Syukur alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan. Saya sangat gembira kerana sudah lama kami menantikan cahaya mata perempuan,” luahnya dipetik BH Online.

Perkhabaran gembira tersebut telah dikongsi oleh penyanyi berkenaan menerusi laman Instagram namun tidak pula menyatakan tarikh serta lokasi puteri kecil itu dilahirkan.

“Alhamdulilah… Anak ke-4 saya, seorang Puteri akhirnya. Syukur syukur syukur! Terima kasih semua yang mendoakan! Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar cc Happy Mama @azrene_ahmad,” tulis Fazley menerusi gambar berkenaan.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 13,000 likes tersebut dilihat menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.


Rata-rata antara mereka meninggalkan komen positif dengan mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini diatas kelahiran puteri sulung mereka.

Difahamkan, sebelum kehadiran puteri kecil berkenaan, Fazley dan Azrene telah dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, dan Ahmad Firudz Shah, 6.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat Fazley atas kelahiran puteri comel tersebut. Kami mendoakan agar anak kecil itu menjadi insan solehah buat kedua-dua ibu bapa dan membesar dengan sihat! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori