Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Asean Unity Run’ Perlu...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan supaya program 'ASEAN...

Pesara Jururawat Rugi RM1.9...

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas...

Keamanan, Kestabilan Politik Tak...

KUCHING - Keamanan dan kestabilan politik adalah umpama "kembar Siam" yang tidak boleh...

Polis: Tayang Kemewahan Di...

POLIS Perancis tidak menolak kemungkinan Kim Kardashian menjadi sasaran perompak baru-baru ini kerana...

Felda United Ikrar Bangkit Ke Final Piala Malaysia

MARAN – Skuad Felda United mampu bangkit pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, bagi menempah tiket ke final buat julung kalinya.

Ketua Jurulatih B Satiananthan berkata ini berdasarkan pemerhatiannya terhadap prestasi pemain The Fighters yang mempamerkan persembahan cemerlang meskipun terikat dengan keputusan 1-1 ketika berdepan juara bertahan, Kedah malam tadi.

Beliau berkata peluang pasukannya masih cerah dan kelebihan jaringan di tempat lawan Kedah boleh diatasi jika mereka komited dan nekad untuk meraih kemenangan di Stadium Darul Aman.

“Jika mereka boleh menjaringkan gol di sini (Stadium Tun Abdul Razak) pemain kami juga boleh melakukan perkara sama, tiada apa yang mustahil.

“Saya rasa ia keputusan yang adil, kedua-dua pasukan bermain baik cuma kami tidak mempunyai nasib untuk mencipta lebih banyak gol,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Mengakui anak buahnya akan menerima tekanan bermain di depan penyokong pasukan lawan, Satiananthan berkata beliau akan melakukan percaturan dan persiapan rapi bagi memastikan halangan itu dapat diatasi.

“… persiapan perlu dilakukan dengan baik untuk menang,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata sekalipun pada pertemuan timbal balik nanti anak buahnya akan bermain tanpa dua pemain tonggak Liridon Kransniqi dan kapten pasukan, Khairul Helmi Johari yang menerima kad kuning pada aksi malam tadi, mereka kekal optimis dapat menumbangkan Felda United.


“Mereka akan menjalani penggantungan dan tidak dapat bermain di Stadium Darul Aman.

Oleh itu saya terpaksa memikirkan sesuatu dari sudut formasi dan perancangan pasukan.

“Bagaimanapun skuad kami masih memiliki pemain pertahanan berkaliber selain turun dengan kelebihan jaringan gol di tempat lawan yang menjadi bekalan selesa kami,” katanya.

Beliau berkata Lang Merah yang merupakan juara Piala FA musim ini akan turun bermain secara bermati-matian bagi memastikan slot final Piala Malaysia menjadi milik mereka buat kali ketiga berturut-turut. – BERNAMA

Kategori