Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gambar Pemimpin PH Dilelong...

PUTRAJAYA - Gambar yang dirakam pada sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH)...

Fatwa Syiah Sesat Tak...

PETALING JAYA - Fatwa menetapkan fahaman Syiah sebagai menyimpang boleh disemak semula berdasarkan...

Saifuddin Bawa Suara DAP...

UMUM mengetahui pertembungan antara "kartel" dengan "Istana Segambut" dalam PKR dalam menentukan calon-calon...

Dua Ulat Parkir Didenda...

KUALA LUMPUR - Dua 'ulat parkir' masing-masing didenda RM1,000 dan RM500 oleh Mahkamah...

FIFA Tolak Rayuan Leicester Dapatkan Silva

LONDON – Rayuan Leicester City untuk mendaftarkan Adrien Silva ditolak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) walaupun mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) apabila dokumen yang dikemukakan lewat 14 saat daripada tarikh tutup.

Kelab itu dan FA meminta FIFA untuk mengesahkan perpindahan pemain tengah berkenaan selepas lewat menerima dokumen bagi perpindahan bernilai 22 juta pound (RM123 juta) daripada Sporting Lisbon, namun ia ditolak dan dia kini tidak dapat bermain sehingga Januari.

Seorang jurucakap FIFA berkata: “Petisyen yang dibuat Persatuan Bola Sepak bagi kebenaran memohon sijil pemindahan antarabangsa buat Adrien Silva dan seterusnya mendaftarkan pemain untuk kelab gabungannya, Leicester City FC, ditolak.”

Silva tersisih daripada skuad Portugal untuk perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia menentang Andorra dan Switzerland bulan ini, dengan negaranya masih berharap dapat melayakkan diri ke kejohanan musim panas di Russia.


Leicester membuat keputusan lewat untuk perpindahan pemain berusia 28 tahun itu selepas Danny Drinkwater berhijrah ke Chelsea, dan Sporting mengatakan bahawa perpindahan itu sudah selesai.

Tetapi dia tidak dapat diturunkan oleh pengurus, Craig Shakespeare sehingga Januari, dengan skuad Foxes berada di tangga ke-17 dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas hanya mencatat satu kemenangan musim ini. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • FIFA

Kategori