Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bayi 6 Bulan Perlu...

KUALA NERANG - Seorang bayi berusia enam bulan yang menghidap sakit jantung di...

PKNS Sumbang RM326,000 Kepada...

KUALA LANGAT - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyampaikan sumbangan kewangan kira-kira RM326,000...

Revolusi Perlu Jadikan Rasuah...

KOTA KINABALU - Satu revolusi perlu dilakukan untuk menjadikan gejala rasuah sebagai musuh...

Duterte Gesa Abu Sayyaf,...

MANILA - Presiden Rodrigo Duterte menggesa kumpulan Abu Sayyaf dan komunis bercuti supaya...

Fouziah Gous Hitung Hari, Akui Perasaan Campur Baur

PASTINYA tiada apa yang lagi menggembirakan hati seorang suami selain dapat tahu bahawa isteri disahkan hamil zuriat darah dagingnya.

Pada kebiasaannya, wanita yang baru sahaja mengandung anak pertama tentu dipenuhi dengan pelbagai perasaan seperti berdebar, teruja dan sebagainya.

Namun, perasaan itu akan mula bercampur baur dengan emosi apabila anak kedua pula bakal dilahirkan dan tarikh bersalin semakin dekat.

Inilah yang berlaku dan dirasai oleh pelakon, Nor Fouziah Mohd Gous atau lebih mesra disapa sebagai Fouziah Gous di mana kini usia bayi dalam kandungannya telah masuk minggu ke-38.

Semakin hampir dengan tarikh dijangka bersalin, Fouziah telah berkongsi mengenai persiapan awal yang dilakukan bagi menyambut kelahiran anak keduanya itu.

Menurut Faoziah, dia mengakui teruja untuk menimang cahaya mata kedua ini namun jiwanya terselit juga sedikit emosi setiap kali memandang putera sulung, Muhammad Zeeshan yang kini sudah mencecah usia setahun.

“Sejak saya hamil, Zeeshan bertambah manja, jalan dalam rumah berpegangan tangan, kadang kala dia nak kita dukung.

“Setiap malam, dia dah pandai cium perut saya, bermakna dia cium adiknya. Memang dari awal, saya sudah beri hint dan maklumkan pada dia, supaya dia tak terkejut.

“Saya juga layan kemahuan dia, macam dia nak dukung walaupun adakalanya memang tak larat. Tapi saya bimbang nanti bila dalam pantang, saya tak dapat layan dia seperti sekarang dan dia rasa terasing,” katanya dipetik Sinar Online.

Dalam pada itu, pelakon filem Sifu & Tongga ini juga memberitahu dia bakal mendedahkan nama dan jantina anak keduanya itu selepas bayi tersebut selamat dilahirkan.

“Tidak ada apa yang mahu saya sembunyikan, sebagaimana saya umumkan sebaik bersalin Zeeshan, begitu juga dengan adiknya nanti.


“Buat masa ini saya dah tahu apa jantinanya, tapi biarlah saya umumkan sekali nanti. Mudah dan pasti itu jantinanya. Takut kongsi sekarang, tapi nanti berbeza pula,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kritikan netizen terhadap sebuah video memaparkan Fouziah sedang bermain tali skipping, model ini sama sekali tidak mengambil pusing soal perkara berkenaan.

“Itu baru saya upload sikit, belum lagi saya kongsikan aktiviti muay thai ketika hamil.

“Lain Lah kalau kita tak biasa bersenam dari awal, dan tiba-tiba bersenam ketika hamil, itu mungkin menjadi bahaya kepada anak di dalam kandungan.

“Kalau ikutkan ketika saya hamil dua bulan dan belum tahu, saya ada melakukan aktiviti muay thai yang heavy. Tapi Alhamdulillah, semua selamat.

“Apa-apa pun sebelum melakukan aktiviti seperti ini, saya akan rujuk doktor terlebih dulu,” katanya yang baru sahaja selamat mengadakan kenduri doa selamat baru-baru ini.

Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof selamat diijabkabulkan pada 21 September 2013 dengan sekali lafaz tepat pukul 9.42 malam. Pasangan ini telah dikurniakan seorang putera bernama Muhammad Zeeshan.

Apa-apapun, kami doakan semoga segala urusan Fouziah dipermudahkan dan baik-baik saja ya… – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori