Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tuduhan Malaysia Tak Lakukan...

KUALA LUMPUR - Tuduhan bahawa Malaysia tidak melakukan proses sanitasi di kawasan penularan...

Penyerang Kualiti, Bakat Muda...

PETALING JAYA ā€“ Penyerang yang berkaliber dan bakat muda memainkan peranan penting dalam...

Bapa Haziq AF4 Meninggal...

TAKZIAH kami ucapkan kepada penyanyi Haziq Rosebi yang juga dikenali sebagai Hazif AF4...

Buka Peluang Kepada Anak...

SHAH ALAM - Kepemimpinan UMNO di setiap peringkat perlu bersikap besar hati dan...

Gadis Berpeluh Darah Jadi Misteri

PELIKā€¦seorang gadis berusia 21 tahun telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami keadaan di mana dia berpeluh darah di bahagian muka dan tapak tangan.

Keadaan yang berlaku itu menyebabkan doktor-doktor di Itali tertanya-tanya punca yang mengakibatkan pesakit yang tidak dinamakan itu mengalami symptom pelik berkenaan.

Gadis itu akan mengalami peluh darah secara spontan iaitu ketika dia tidur atau melakukan aktiviti fizikal.

Peluh berdarah itu mengakibatkan gadis terbabit berasa tertekan dan perkara itu telah dilaporkan dalam Canadian Medical Association Journal (CMAJ).

Ujian yang dijalankan mendapati fungsi darahnya adalah normal dan dia diberikan ubat propranolol. Kejadian ini dikatakan berlaku satu dalam 10 juta orang.

Tidak diketahui punca sebenar penyakit itu namun ia dipercayai berpunca daripada ketakutan atau tekanan yang amat sangat.


Kejadian sama pernah dilaporkan menimpa seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Thailand, Phakamad Sangchai, di mana mata, hidung, telinga dan kulitnya mengeluarkan darah apabila dia mengalami sakit kepala.

Phakamad mengalami pendarahan itu sejak lebih enam bulan lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori