SEORANG remaja berusia 12 tahun yang cuba membunuh diri dengan melompat dari ketinggian 30 kaki dari sebuah jambatan menyebabkan seorang gadis terkorban apabila mayatnya jatuh ke atas kereta yang dipandu gadis tersebut.
Marisa Harris (gambar), 22, dari Olney, Maryland di Amerika Syarikat, memandu di bawah laluan Cedar Lane di Interstate 66 ketika kejadian itu berlaku.
Remaja lelaki itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital, sementara Marisa disahkan mati di tempat kejadian.
Teman lelaki Marisa yang duduk di kerusi penumpang hadapan mengalihkan panduan kenderaan yang dinaiki mereka dan berhenti ke tepi lebuh raya.
Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak tidak mengalami kecederaan.
Polis berkata, remaja lelaki yang tidak dinamakan itu dibawa ke Hospital Inova Fairfax.
Pihak keluarga memberitahu News 4 bahawa Marisa merupakan graduan kaunseling klinikal dari Universiti Marymount di Arlington, Virginia. – mStar Online