Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Operasi Mencari, Menyelamat Kamaliah...

GERIK : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang...

Sharifah Shahirah Sah Hamil...

PELAKON dan pengacara popular, Sharifah Shahirah mengesahkan dirinya sedang hamil anak keenam dan...

Netizen ‘Geli’ Tengok Iklan...

KUALA LUMPUR – Sebuah papan iklan milik Affin Bank Bhd. (Affin Bank) menjadi...

UPM Disaran Hasilkan Teknologi...

BESUT - Universiti Putra Malaysia (UPM) disaran menghasilkan teknologi baharu dalam penanaman padi...

Gandingan Olimpian Batu Loncatan Buat Tang Jie

KUALA LUMPUR – Peluang bergandingan dengan Olimpian, Goh Liu Ying disifatkan pemain muda Chen Tang Jie sebagai batu loncatan untuknya lebih kompetitif dalam sukan badminton di peringkat antarabangsa.

Tang Jie yang menjadi pasangan baharu Liu Ying memulakan latihan pertamanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam, berkata beliau tidak tertekan menjadi pasangan Liu Ying sebaliknya mahu membuktikan kemampuannya untuk mencipta nama dalam arena badminton.

“Saya telah mulakan latihan sejak semalam, jurulatih dan pemain lain banyak membantu saya untuk menyesuaikan diri, masih banyak yang perlu belajar. Terima kasih kepada jurulatih kerana memilih dan percaya dengan kebolehan saya untuk bergandingan dengan Liu Ying.

“Liu Ying memberikan saya semangat baharu untuk menjadi pemain yang berjaya di peringkat lebih tinggi. Memang sangat teruja dapat menjadi gandingan Liu Ying, beliau seorang pemain berpengalaman,” katanya ketika di hubungi Bernama di sini hari ini.

Tang Jie tidak menafikan banyak pihak meletakkan harapan tinggi kepadanya dan mahu melihat satu keputusan cemerlang dalam masa terdekat, namun pemain berusia 19 tahun itu tidak menganggap ia satu tekanan besar buat dirinya.

Kejohanan pertama Tang Jie-Liu Ying ialah India International Challenge di Mumbai pada 29 Nov-3 Dis ini dan Maldives International Challenge di Male bermula 5 hingga 10 Dis.


“Memang saya ada harapan tinggi apabila bergandingan dengan Liu Ying tetapi kami mahu lihat keserasian di gelanggang dalam tempoh sebulan ini terlebih dahulu. Saya akan belajar dengan cepat dan memberikan kerjasama baik dengan semua pihak,” katanya.

Liu Ying yang sebelum ini berpasangan dengan Chan Peng Soon meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 mengalami kecederaan bahu dan terpaksa berehat selama enam bulan, sekali gus menyaksikan gandingan tersebut dipisahkan.

Peng Soon kini bergandingan dengan Cheah Yee See. – BERNAMA

Kategori