Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKR Mahu Kemuka Bukti...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan bukti empirikal bahawa...

Mampukah Pakatan Harapan Bertahan...

KUALA LUMPUR - Peribahasa Melayu menyatakan 'muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah', yang...

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

DOHA: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia...

Ringgit Dijangka Melantun Semula...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka melantun semula sedikit berbanding dolar US minggu depan...

Gangguan Bekalan Air Di Petaling 25 Oktober

KUALA LUMPUR – Lebih 20 kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Kolam Kota Damansara, bekas tapak Caltex Jalan Sungai Buloh dan Perhentian Bas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sungai Buloh bermula 25 Oktober.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan di sini hari ini berkata kerja penggantian perkakasan itu dijalankan bermula dari 9 pagi 25 Oktober sehingga 2 petang 26 Oktober.

“Antara kawasan terlibat adalah Saujana Utama, Bukit Saujana, Sungai Buloh Country Resort, Sierramas, PJU 10 Damansara Damai, PJU 10 Saujana Damansara, PJU 10 Prima Damansara, Hospital Kusta, Kg Desa Aman, Kg Masjid Sg Buloh, Kuarters Jabatan Perhutanan, Jalan Hospital Sg Buloh, Bandar Baru Sg Buloh, dan TBS Komersial U20.

Turut terlibat kawasan SB Jaya, Kampung (Kg) Selamat, Kg Merbau Sempak, Penjara Sg Buloh, Plaza Tol Sg Buloh, Kg Baru Sg Buloh, Kg Paya Jaras, KTM Sungai Buloh, Kem Tentera Paya Jaras, Kg Kubu Gajah, Pusat Dialisis PJU 10, dan Damai Medical Centre, menurut kenyataan itu.


Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 25 Oktober ini dan mereka boleh merujuk di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk sebarang maklumat. – BERNAMA

Kategori