Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Coronavirus: Perintah Berkurung Di...

BEIJING - China melaksanakan perintah berkurung kepada jutaan penduduk di dua bandar raya,...

Media Prima Harap Kekalkan...

KUALA LUMPUR - Media Prima Bhd berharap dapat mengekalkan pertumbuhan dua digit dalam...

Banjir: FAMA Agih Barangan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengagihkan bantuan barangan bernilai RM1,000...

Jual Bangunan UMNO Selangor...

SHAH ALAM - Penjualan Bangunan UMNO hanya berada di peringkat cadangan dan belum...

Ganjaran 100K Pemenang Pingat Emas WSC 2017

SHAH ALAM – Ganjaran wang tunai berjumlah RM100,000 bakal diterima peserta negara yang memenangi emas pada Worldskills Competition (WSC) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Oktober ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ganjaran berkenaan dinaikkan daripada RM40,000 yang ditawarkan kepada pemenang pingat emas WSC 2016.

“Peningkatan ganjaran ini menunjukkan kerajaan pusat serius dalam menggalakkan generasi muda untuk berjaya dalam bidang kemahiran.

“Oleh itu, saya berharap wakil negara di WSC 2017 akan melakukan sehabis baik untuk mencapai pingat emas dan mengharumkan nama negara di pentas dunia,” katanya pada majlis penyampaian amanat kontinjen negara ke WSC 2017 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di sini, hari ini.

Turut hadir ketua kontinjen negara yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib.

Sementara itu, Ismail dalam ucapannya berkata pihaknya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam pertandingan kali ini.


“Keseluruhannya, kami menyasarkan untuk mendapat lima pingat dalam pertandingan kali ini berdasarkan prestasi pasukan negara yang menjadi juara keseluruhan dalam ASEAN Skills Competition pada tahun lepas,” katanya.

Bagi WSC 2017, Malaysia menghantar seramai 21 peserta yang akan bertanding dalam 20 bidang kemahiran termasuk teknologi automobil, terapi kecantikan, elektronik dan pendawaian elektrik.

Kesemua peserta berusia tidak lebih 22 tahun kecuali peserta bidang Mechatronik yang disyaratkan tidak melebihi 25 tahun, katanya. – BERNAMA

Kategori