Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Diperbodoh Atas Nama...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu berkompromi...

Jangan Salah Subjek Islam...

KESAL... Tun Abdul Hamid Mohamad kecewa baca kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad konon...

Perkahwinan Anak Konglomerat Rusia...

PERKAHWINAN mewah pelajar jurusan kedoktoran pergigian dari Universiti Perubatan dan Pergigian Moscow dengan...

UMNO Akan Letak Calon...

KUALA LUMPUR - UMNO akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen...

Gavin Tekad Raih Gelaran Sulung Klasik CIMB

KUALA LUMPUR – Pemain golf terkemuka negara, Gavin Kyle Green berazam untuk muncul pemain Malaysia pertama merangkul kejuaraan kejohanan golf Klasik CIMB, yang akan bermula esok sehingga 15 Okt di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara.

Pemain berusia 23 tahun itu yang membawa cabaran Malaysia pada Sukan Olimpik 2016 di Brazil, mempamerkan prestasi cemerlang musim ini dengan memenangi gelaran Jelajah Asia pertamanya di Taiwan Masters, 1 Okt lepas.

“Sudah tentu ia sesuatu yang hebat (muncul juara) dan pencapaian membanggakan bagi Malaysia. Namun pada masa yang sama saya perlu melaksanakan tugas dengan baik di sini.

“Sebenarnya ia sesuatu yang menggembirakan jika dapat memenanginya. Tetapi, saya perlu memberikan yang terbaik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gavin kini dalam motivasi tinggi untuk meneruskan momentum cemerlangnya, dan bagi saingan esok, beliau akan memulakan cabaran bersama-sama juara dua kali yang juga penyandang gelaran, Justin Thomas dan Xander Schauffele, kedua-duanya dari Amerika Syarikat, dalam satu ‘flight’.

“Pencapaian yang hebat musim ini. Saya memperoleh Kad Jelajah Asia. Saya dua kali di tempat kedua dan ia pencapaian konsisten. Pada mulanya di tempat kedua, diikuti di kedudukan kedua lagi dan saya gembira akhirnya dapat merangkul kejuaraan dua minggu lepas.


“Beraksi dalam satu ‘flight; bersama-sama mereka (Thomas dan Schauffele), saya tidak merasakan ia memberi tekanan kerana saya pernah bersaing dengan mereka sebelum ini,” katanya.

Gavin mengakui prestasinya semakin baik dan meningkat pada setiap kejohanan yang disertainya.

Juara Order of Merit, Scott Hand dari Australia, serta beberapa pemain berpengalaman seperti David Lipsky dari Amerika Syarikat dan pemain terkemuka India, S.S.P. Chawrasia, juga akan bersaing pada Klasik CIMB yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US7 juta (kira-kira RM29.50 juta). – BERNAMA

Kategori