Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Samseng ‘Geng 360’ Tumpas,...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 360’ selepas menahan...

PAS Tak Mungkin Duduk...

KOTA BAHARU - PAS tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama...

Banjir Monsun Timur Laut...

KUALA LUMPUR: Banjir yang diramal akan dibawa hujan lebat Monsun Timur Laut ke...

Bersih 2.0 Minta Tujuh...

KUALA LUMPUR - Bersih 2.0 meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad segera...

Genap 28 Tahun, Lelaki Temu Ajal Di Hari Lahir

KEMATIAN datang setiap saat. Tapi, penentu kematian atau ajal bukanlah di tangan manusia, melainkan Tuhan. Apabila tiba masanya, tidak dapat ditangguhkan.

Seorang lelaki baru mencecah usia 28 tahun pada hari ini menemui ajal apabila motosikal yang ditunggang bertembung dengan motosikal lain di Jalan Sungai Pinang/Teluk Bahang, pukul 7.40 pagi Selasa.

Difahamkan, mangsa, Syarul Nizam Hassan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Batu Ferringhi dari arah Sungai Pinang menghala ke Teluk Bahang.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, seorang lagi penunggang yang datang dari arah bertentangan pula berusia 29 tahun dan bekerja sebagai Inspektor Kesihatan Air Puteh, Balik Pulau.

“Siasatan lanjut mendapati mereka dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing sebelum berlanggar antara satu sama lain di tempat kejadian.

“Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut, disahkan meninggal dunia pada 9 pagi semasa menerima rawatan,” katanya dilapor Harian Metro.


Tambah Anbalagan lagi, pihak polis bagaimanapun masih lagi melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Kes ini di siasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabkan kematian.

Di mana jika disabit kesalahan, individu terlibat boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau 10 tahun atau denda RM5,000 atau RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pihak polis menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 bagi membantu siasatan.– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori