Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dah Biasa Berlawak, Achey...

SINONIM dengan watak lawak bersahaja dan suara nyaring yang dimilikinya, Achey makin dikenali...

Remaja 13 Tahun Maut...

ALOR GAJAH : Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di...

Rosmah Perlu Hadir Di...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir...

Nazmi Faiz Harus Dihantar...

KUALA LUMPUR - Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor harus...

Gerakan Persatuan Tingkat Kedatangan Pelancongan

KUALA TERENGGANU – Gerakan persatuan memainkan peranan penting bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti yang diadakan di Terengganu sekali gus melonjakkan nama negeri ini khususnya dalam bidang pelancongan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberikan contoh kejayaan Persatuan Homestay Teluk Ketapang yang berjaya melonjakkan nama Terengganu dengan memperkenalkan konsep baharu inap desa kepada pelancong di dalam dan luar negeri yang menginap di Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

“Persatuan Homestay Teluk Ketapang ini telah melonjakkan produk seni dan budaya Terengganu ke Sapporo, Hokkaido di Jepun dengan menobatkan tarian tradisional.

“Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua persatuan di negeri Terengganu sebagai piawaian kejayaan ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Karnival Pertubuhan Kebangsaan (KPK 2017) yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pantai Batu Buruk, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Mohammad Razin Abdullah, Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Selain itu, Ahmad Razif berkata kejayaan itu juga membantu mempromosikan destinasi lain di Terengganu kepada para pelancong terutama di pulau-pulau peranginan seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.


“Dari awal Januari hingga Jun tahun ini lebih 92,000 pelancong memilih Pulau Redang sebagai destinasi pilihan untuk bercuti.
“Data yang diperoleh Data Pelancongan Terengganu pada 2017 mendapati seramai 76,928 pelancong mengunjungi Pulau Perhentian dalam tempoh yang sama.

“Di samping itu juga, lebih 4.8 juta pelancong dalam dan luar negara direkodkan melawat Terengganu pada tahun 2016…dan kita menganggarkan seramai lima juta pelancong akan mengunjungi Terengganu setiap tahun berdasarkan rekod tersebut,” katanya.

KPK 2017 merupakan karnival kali keempat diadakan mengumpulkan sebanyak 41 pertubuhan berdaftar, 27 jabatan kerajaan, 13 penaja dan 12 rakan strategik.

Karnival ini juga merupakan medium mempromosikan ROS untuk mengetengahkan peranan dan sumbangan pertubuhan kepada masyarakat. – BERNAMA

Kategori