Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tarian Poco-Poco Yang Bikin...

VIRAL menerusi laman penstriman video YouTube sebuah video sekumpulan wanita menari tarian poco-poco...

Mangsa Banjir Cerita Kisah...

TIDAK dapat kami bayangkan betapa sukarnya keadaan yang harus dilalui lebih 58,000 penduduk di...

BAM Sahkan Ada Pemainnya...

Hari ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa seorang daripada pemain di bawah...

Umat Islam Antarabangsa Digesa...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menggesa umat Islam antarabangsa...

Golongan Muda Perlu Kuasai Asas Bahasa Melayu

NILAI – Golongan muda di negara ini perlu menguasai asas bahasa Melayu meskipun perubahan dunia hari ini menyebabkan berlaku perubahan pada gaya berbahasa dalam kehidupan seharian masyarakat, kata Datuk Aznil Nawawi.

Pengacara popular yang juga penerima Anugerah Ikon Khas Bahasa 2016 Persatuan Linguistik Malaysia itu berkata ini penting kerana bahasa Melayu merupakan sebahagian jati diri rakyat Malaysia yang perlu terus dimartabatkan.

Namun katanya kebolehan berbahasa Melayu dalam kalangan muda, khususnya generasi Y, adalah rendah disebabkan mereka terdedah kepada ledakan informasi yang menggunakan pelbagai bahasa campuran, sekali gus memberi kesan kepada struktur bahasa Melayu.

“Fleksibiliti dalam berbahasa itu sememangnya penting kerana kita perlu mengikut peredaran zaman, namun dalam menyampaikan gaya bahasa, jangan kita lupa kepada asas perbahasaan,” katanya pada Forum Penulis Muda (FPM) 2017 di sini, hari ini.

Forum bertajuk ‘Bahasa Cerminan Akal: Lambang Kepintaran Generasi Y’ itu dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.

Selebriti itu berkata kebolehan dan kemampuan berbahasa Melayu dengan baik juga membantu menyerlahkan lagi penampilan dan kredibiliti seseorang individu.


FPM 2017 merupakan siri ketiga yang diadakan di USIM sejak 2015 yang antara lain bertujuan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan belia dan penuntut institut pengajian tinggi di negara ini.

Forum ini juga diadakan sebagai antara program bersempena kempen Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 yang bertujuan mendidik masyarakat berbilang bangsa menyemarakkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam segenap aspek kehidupan.

Turut hadir Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Datuk Zainal Abidin Borhan dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah USIM, Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh. – BERNAMA

Kategori