Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kluster Tawar, PUI Sivagangga...

PENULARAN jangkitan Covid-19 dalam Kluster Tawar di Kedah dan Kluster PUI Sivagangga dipercayai...

Polis Selesai Ambil Keterangan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Stadium Kota Bharu Warna...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan memberi kebenaran untuk menukar warna Stadium Sultan Muhammad...

5 Peniaga Ditahan, Bunga...

JOHOR BAHRU - Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api...

Grab Malaysia Mahu Bajet 2018 Sokong Pengguna

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia mahu Bajet 2018 menyokong rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan perkongsian awam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh menjangkakan Bajet 2018 akan memperlihatkan cadangan strategi yang bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia secara am.

“Akan ada tumpuan khas ke atas ekonomi digital Malaysia yang semakin meningkat pantas, keperluan digital kita yang semakin berkembang dan unik termasuk mengukuhkan lagi, peranan negara dalam pembangunan infrastruktur digital di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Goh berkata, kunci utama ekonomi Malaysia ialah pergantungannya kepada rangkaian pengangkutan yang diseleggara dengan baik dan bersepadu.

“Pengangkutan yang melibatkan penghantaran individu, barangan dan idea yang selamat serta mudah, bukan sahaja akan meningkatkan pertumbuhan, tetapi akan memberi kesan ke atas akses rakyat Malaysia kepada keperluan asas seperti pendidikan, pekerjaan, kemudahan perubatan serta penjagaan kesihatan dan makanan,” katanya.


Sementara itu, Goh berkata Grab Malaysia ingin melihat sokongan yang berterusan bagi usaha kerajaan untuk membentuk keadaan yang lebih seimbang dalam industri perkongsian perjalanan. – BERNAMA

Kategori