Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DUN Ajil Lancar Tabung...

HULU TERENGGANU - Prihatin dengan nasib menimpa etnik Rohingya, pejabat Dewan Undangan Negeri...

Polis Temui Pisau Yang...

ALOR SETAR - Polis telah menemukan senjata tajam yang digunakan oleh suspek wanita...

Murid Terjatuh Dari Tingkat...

SHAH ALAM - Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang cedera...

Sari Yanti Selamat Lahirkan...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelawak, Jep (Sepahtu) kini selamat menimang cahaya mata hasil...

Hadiah Wang Tunai Piala Dunia 2018 Kini RM1.7 Bilion

NEW DELHI –  Kesemua 32 pasukan disahkan layak menyertai Piala Dunia 2018 di Rusia bakal menerima hadiah wang tunai diagih dengan keseluruhan berjumlah AS$400 juta (RM1.67 bilion).

Angka terbesar dalam sejarah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding kejohanan sama berlangsung di Brazil pada 2014 lalu, menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

Untuk rekod, ganjaran wang tunai keseluruhan sebelum ini hanya AS$358 juta (RM1.15 bilion) dengan juara, iaitu Jerman menerima AS$35 juta (RM148 juta) manakala pasukan lawannya pula, Argentina AS$25 juta (RM106 juta).

Sementara negara yang gagal melepasi peringkat kumpulan masing-masing menerima hadiah AS$8 juta (34 juta) sahaja. Kali ini semua pasukan bertanding akan menerima AS$1.5 juta (RM6.4 juta) untuk kos persediaan awal.

Ia bakal dibayar sebelum kejohanan berprestij itu bermula. Ini bermakna semua negara yang terlibat dijangka menerima AS$9.5 juta (RM40.3 juta) yang lazim dibayar selepas selesai perlawanan peringkat akhir Piala Dunia.

Pengumuman mengenai perkara tersebut hasil daripada keputusan mesyuarat FIFA di Kolkata, dekat sini dan badan induk bola sepak dunia itu turut menambah baik aspek pembidaaan untuk calon tuan rumah Piala Dunia 2026.


Sehingga kini, FIFA menerima jaminan sumbangan berbentuk pelbagai tajaan kewangan dan bukan kewangan yang berjumlah AS$791 juta (RM3.4 bilion), untuk penganjuran Piala Dunia 2018, peningkatan sebanyak 40 peratus.

Ini mungkin disebabkan faktor geografi Rusia sebagai negara terbesar dunia apabila perlawanan berlangsung di 11 buah bandar raya yang terletak agak jauh antara satu sama lain berbanding Brazil. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori