Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Darurat: Anwar Pohon Rujuk...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk merujuk beberapa persoalan kepada...

Gagal Adakan Buka Puasa...

JAKARTA - Majlis buka puasa dihadiri bekas wanita pertama Indonesia, Sinta Nuriyah Abdurrahman Wahid...

Seorang Penumpang Bas Parah...

SEREMBAN - Seorang penumpang cedera parah manakala 31 lagi selamat apabila bas yang...

Pemimpin PN Hadir Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dilihat berkumpul di luar pekarangan...

Hafal 30 Juzuk Quran, Makan ‘Free’ Selamanya

JAKARTA –  Seorang peniaga warung di bandar raya ini menggunakan kaedah ‘tersendiri’ bagi menarik pelanggan berkunjung ke gerainya yang terletak di kawasan Harmoni, Jakarta Pusat.

Lapor portal tempatan Detiknews, Bu Ijah yang menjalankan perniagaan mi ayam, menawarkan hidangan percuma jika pelanggannya mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Promosi unik tersebut jelas terpampang pada kain rentang di warungnya yang terletak di Jalan Suryopranoto, berhampiran bangunan Harmoni Plaza.

Selain itu, peniaga berkenaan turut manawarkan seminggu makan percuma jika mampu menghafaz juz 30.

Mengikut laporan itu, idea untuk melakukan promosi sedemikian bermula apabila anaknya yang rajin beribadah, Anto, menyarankan ibunya itu melakukan sedekah.


“Sambil berniaga, sambil beramal juga. Asalnya niat kami untuk menarik pelanggan sahaja.

“Namun anak menyarankan banner itu dibiarkan sahaja, dia memang seorang yang kuat beribadah,” katanya.

Difahamkan, sepinggan mi ayam yang dijual Bu Ijah berharga dalam 18,000 rupiah, bersamaan dengan RM5.60. – MYNEWSHUB.CC

Kategori