Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Mayat Bayi Ditemui Di...

AMPANG JAYA - Seorang bayi perempuan berusia sehari telah dibuang dalam tong sampah...

Guru Mengeluh Upah Jadi...

PETALING JAYA – Ramai guru yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran...

Bebola Rambut Seberat 4...

Seorang remaja perempuan ,Ayperi Alekseeva yang tinggal di Kyrgyzstan mempunyai tabiat pelik dan...

KKM Rampas Lebih 200,000...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas 251,782 produk kesihatan bernilai RM2.8...

Hans Rebah Di Padang Golf, Dikejarkan Ke Hospital

SEMALAM kita gempar dengan berita Datuk Jalaluddin Hassan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana pengsan selepas menjadi tetamu bagi satu program bual bicara di sebuah stesen televisyen.

Baca: Jalaluddin Hassan Pengsan Selepas Siaran Langsung

Petangnya pula, pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac pula dimasukkan ke Hospital Prince Court di ibu negara apabila dilaporkan tiba-tiba rebah di Kelab Golf TPC di Bukit Kiara.

Menurut pengurusnya, Sue Hussin, pelakon yang berusia 46 tahun ini rebah sekitar pukul dua petang. Khabarnya, Hans sedang menjalani latihan golf untuk kejohanan golf yang akan disertainya tidak lama lagi.

“Hans pada mulanya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) dan telah menjalani beberapa ujian perubatan.

“Doktor yang rawat pun sudah mengesahkan Hans bebas sebarang penyakit serius. Dia kini masih dalam pemerhatian doktor kerana tidak rehat cukup,” kata Sue dipetik laporan New Straits Times.

Sue juga menyatakan bahawa memang jadual Hans sejak kebelakangan ini agak padat dan Hans sendiri memang bekerja ‘lebih masa’ sejak akhir-akhir ini.

Namun, Hans turut memuat naik satu gambar ke laman Instagramnya dan menyatakan keadaannya semakin pulih dan berterima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraannya.


Dia juga menceritakan serba sedikit pengalamannya sewaktu saat cemas yang menimpanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak kelab golf berkenaan serta pihak hospital yang bertindak dengan cepat.

Scary few days guy . But feeling much better 🙂 . It was an eye opener . Am still in HDU Care . Just want to share this eye opening experience to hopefully others won’t have to go through what I just did ) ….Life is about being happy and being with people and family that love you. When I collapsed,all I could think about was the people around me who I cared and love very much for . We all have our stress moment but we need to let go and not let it jeopardize our health and life . Something I though I could handle on my own internally . Will never forget that moment when I collapsed … really thought it was the end of me in that ambulance . It was not good . But Tq to the ambulance medic team (the driver & the lady medic who did everything to support me and keep me awake , hope I can meet them one day to thank them ). Not forgetting the prince court medic team and nurses . Tq for looking after me with so much attention and care . Got a few more days in the hospital . Also , Tq to all my followers and the media for understanding & for all the well wishes . U guys pun selalu supportive walau apa pun . ❤️ supportive people and family is everything. Salam semua . #eyeopener moment in my life !

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

Terdahulu, pelakon Cuci The Musical ini pernah menjalani pembedahan pundi hempedu sekitar Mac lalu di Hospital Gleneagles.

Dalam pada itu, dengar-dengarnya Hans serta tiga lagi kawan ‘Cuci’nya itu iaitu Awie, Afdlin dan AC Mizal akan mengadakan sebuah konsert di Istana Budaya pada tahun hadapan.

Semoga Hans diberikan kesihatan yang baik dan kembali menjalani kehidupannya seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori