Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sakinah Bengang Anak Jadi...

BARU tiga hari anak dilahirkan, sudah ada pihak tidak bertanggungjawab mengekploitasi gambar anak...

“Tak Suka, Tak Perlu...

HULU TERENGGANU - Mana-mana pemimpin dan anggota yang tidak lagi menyenangi UMNO serta...

Spesies Monyet Terkecil Dunia...

JOHOR BAHRU - Spesies monyet Marmosets iaitu terkecil di dunia kini menjadi daya...

Doa Buat Dr Fatihah...

KUALA LUMPUR - "Saya cuma minta semua rakyat Malaysia tolong doakan kesembuhan isteri...

Harga Minyak Minggu Pertama November Naik Sikit

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak naik sikit buat minggu pertama bulan November iaitu 26 Oktober hingga 1 November 2017.

Ia memang diramal ekoran ketidaktentuan harga minyak dunia susulan faktor pertukaran mata wang asing dan pergolakan diplomatik Asia Barat sekali gus menyaksikan aliran permintaan kini melebihi stok penawaran.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk minyak RON 95 naik tiga sen kepada RM2.20 seliter berbanding RM2.20 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula juga ditetapkan juga naik tiga sen kepada RM2.50 seliter, daripada hanya sebanyak RM2.47 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari sama diumumkan meningkat hanya dua sen sahaja kepada RM2.13 seliter, berbanding cuma RM2.11 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 7 September sehingga 11.59 malam pada 13 September.


Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori