Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keadaan Keselamatan Di Ibu...

KUALA LUMPUR - Keadaan keselamatan sepanjang "Himpunan Rakyat Bersatu" di Padang Merbok di...

Penganggur Bakar Rumah Berang...

KUANTAN - Seorang penganggur tergamak membakar rumah keluarganya di Jengka 11, Maran semalam,...

4 Termasuk Pembantu Makmal...

ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga dan seorang pembantu makmal kerugian lebih RM400,000 akibat terpedaya...

Kasitah Kemuka Representasi Berhubung...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam...

Hari Alam Sekitar Negara Disambut Sabtu

PORT DICKSON – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menganjurkan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat kebangsaan di d’Tempat Country Club, Sendayan pada Sabtu ini.

Timbalan Menterinya Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata HASN yang bertemakan ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’ akan turut disambut serentak di setiap negeri.

“Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari tersebut antaranya Dialog TN50 bersama wakil kerajaan negeri yang akan menjadi medan bertukar pendapat berkenaan isu alam sekitar dalam mencorakkan masa depan negara yang lebih maju.

“Kita juga masih mengekalkan tema sambutan pada tahun lepas kerana ianya masih relevan yang bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada media selepas Majlis Prapelancaran HASN 2017 di sini hari ini.

Ditanya mengenai kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar, Hamim berkata usaha kerajaan telah mula menampakkan hasilnya apabila isu mengenai alam sekitar telah mula diberi perhatian oleh masyarakat.

“Sebagai contoh, aduan yang diterima daripada orang awam berkaitan pembakaran terbuka atau pembuangan sampah menunjukkan masyarakat menjadi lebih sedar, bertanggungjawab dan lebih prihatin mengenai kesan perkara ini kepada alam sekitar.


“Yang paling utama, kita telah sedar bahawa sebarang pencemaran yang dilakukan ke atas alam sekitar akan memberi kesan langsung kepada kehidupan kita sendiri seperti pencemaran air yang menyebabkan kita mengalami gangguan bekalan air,” katanya.

HASN tahun ini merupakan sambutan yang ke-26 kali diadakan setelah termaktub Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989.

Antara aktiviti lain yang akan didakan pada Sabtu ini ialah acara larian ‘Green Run’, pengumpulan sisa buangan elektrik dan elektronik isi rumah, senaman greenrobik, pertandingan mewarna alam sekitar dan pertandingan melukis komik alam sekitar. – BERNAMA

Kategori