Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ummi Nazeera Bakal Bergelar...

SETELAH empat bulan bergelar tunangan orang, pelakon manis Ummi Nazeera akhirnya mengumumkan dia...

Terus Perkasakan Sekolah Pondok,...

PASIR PUTEH - Kerajaan Persekutuan terus memperkasakan 38 sekolah pondok dan 40 sekolah...

Polis Nafi Waris Kim...

KUALA LUMPUR - Polis memaklumkan bahawa sehingga ini tiada anggota keluarga atau waris...

Azmin Sindir Tindakan Ikrar...

KUALA LUMPUR - Ciapan pendek Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi menimbulkan...

Haslin, Mufti Menk Boleh Ceramah Di Malaysia – TPM

BERITA BAIK… Khabar gembira buat semua peminat Ustaz Haslin Baharim dan Ismail Musa Menk, apabila mereka berdua tetap dibenar berceramah di Malaysia walaupun diharamkan di Singapura.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri ketika mengulas tindakan negara jiran itu menyekat kemasukan dua pendakwah popular berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) ujar beliau lagi, tidak akan mengikut jejak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura, sebaliknya membenarkan dua penceramah terkenal itu berdakwah di negara ini tanpa masalah.

Ahmad Zahid memaklumkan bahawa pihak KDN berpuas hati dengan isi kandungan ceramah mereka serta tidak nampak sebarang kesalahan dilakukan oleh Haslin selain juga Ismail yang mesra disebut sebagai Mufti Menk.

Beliau bagaimanapun berkata, pihak Malaysia menghormati keputusan dramatik dilakukan Singapura dan tidak akan mencampuri urusan dalamannya kerana republik itu mempunyai undang-undang ketatnya yang tersendiri.

“Setakat ini dua tokoh itu ada di Malaysia, mereka tidak pernah buat sebarang pelanggaran terhadap pemahaman, kepelbagaian budaya dan juga aspek menyebabkan berlakunya ketegangan sosial dan perselisihan antara kaum.

“Malaysia setakat ini berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan di negara ini dan tidak berhasrat mengambil tindakan sama (dengan Singapura) kerana mereka tidak lakukan kesalahan di negara kita,” kata Ahmad Zahid.

Beliau menegaskan demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur pada Selasa.

Baca: Singapura Haram Ustaz Haslin Bollywood, Mufti Menk

Juga: Disekat Masuk, Ustaz Haslin Sedia Saman Singapura

Lagi: Isu Pendakwah Disekat, Penganjur Enggan Komen

Semalam, MHA Singapura mengeluarkan larangan terhadap dua penceramah itu, selepas merujuk Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura serta Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura.


MHA mendakwa kononnya pendakwah terbabit mempunyai pandangan ekstrem boleh menimbulkan sikap tidak bertoleransi, amalan penyisihan yang boleh merosakkan keharmonian sosial dan masyarakat menjadi renggang.

MUIS pula berpendapat ajaran daripada kedua-dua penceramah terkenal itu konon sebagai “bertentangan nilai orang Islam Singapura” yang hidup harmoni dengan masyarakat majmuk di republik berkenaan selama ini.

Haslin yang berasal dari Taiping, Perak terkenal dengan gelaran Ustaz Bollywood kerana gaya ceramah ala Hindi, manakala Menk pula ialah Mufti Zimbabwe. Mereka berdua popular di Malaysia dan memiliki ramai pengikut.

Media Singapura melaporkan kononnya Haslin pernah menggambarkan orang bukan Islam sebagai kafir yang “menyimpang” serta mempromosi unsur ketidakharmonian antara umat Islam dengan golongan bukan Muslim.

Menk pula undang kontroversi selepas larang umat Islam mengucapkan Merry Christmas dan Happy Deepavali. Beliau pernah diraikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu acara rasmi awal tahun ini.

Pada 14 September lalu, Menteri Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam berkata, republik itu sekat kemasukan Zakir Naik dari India selepas menerima aduan tentang isi kandungan ucapannya mengancam keharmonian agama.

MHA bulan lalu turut mengharamkan dua pendakwah Kristian terkenal dari luar negara kerana didapati pernah berucap dalam program keagamaan yang menghina masyarakat Islam dan Buddha. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

Kategori