Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

So Sweet! Suami Buat...

USIA nyata tidak memudarkan rasa cinta pasangan warga emas Jim Russel dan isterinya...

Broker Jualan Kenderaan Dibebas...

PUTRAJAYA - Seorang broker jualan kenderaan bergelar Datuk, yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan...

Farshah Tidak Diberi Makan...

IPOH - Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang kini ditahan untuk siasatan berhubung...

Polis Dijumpai Mati Dengan...

KOTA KINABALU - Seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal dijumpai mati di sebuah...

Himpunan Gagal Cuma 4,000 Hadir ‘Tengok’ Mahathir

HAMBAR… Jumlah kehadiran peserta himpunan haram pembangkang di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor jauh kurang daripada sasaran awal penganjur yang menetapkan 100,000 hadirin.

Setakat pukul 8 malam Sabtu, jumlah mereka dianggarkan kurang daripada 4,000 orang, kebanyakannya ialah penyokong Pakatan Harapan, selain orang awam yang kebetulan lalu di situ untuk sekadar melihat apa berlaku.

Suasana himpunan tanpa permit polis bertema Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan itu ternyata seumpama funfair atau pesta sukaria meskipun gah dihadiri ramai pemimpin utama pembangkang.

Ini termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan pemimpin ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang di pentas utama.


Sebahagian hadirin dilihat mengambil kesempatan membeli snek daripada puluhan trak makanan serta pakaian dan buku politik antikerajaan di khemah peniaga yang dibuka penganjur hingga menyebabkan kesesakan trafik.

Kawasan persekitaran padang juga diawasi oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), selain membuat kawalan terhadap pergerakan orang ramai di setiap laluan masuk ke padang awam rekreasi tersebut.

MBPJ juga terpaksa menutup laluan dari arah Stesen LRT Taman Jaya, menuju ke arah padang itu manakala laluan bertentangan di hadapan pusat beli-belah Amcorp Mall masih dibuka seperti biasa kepada urusan orang ramai.

Selain itu, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Kontinjen Selangor, turut mengawasi keselamatan di kawasan sama. Himpunan bermula sekitar jam 2 petang dan berakhir lewat malam. – Agensi/HAA

Kategori