Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rafizi Berang Temberang Terdedah...

KUALA LUMPUR - Pakar propaganda, Rafizi Ramli berang kerana jumlah wang simpanan beliau...

Bomba Bantu Murid Terperangkap...

KUCHING - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Betong membantu mengeluarkan dua orang murid...

Lebih 500,000 Kanak-Kanak Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima...

Sarjan Polis Hadapi 1...

SHAH ALAM - Seorang sarjan polis yang dituduh memperoleh suapan di Mahkamah Sesyen...

Homoseksual, Biseksual Penyumbang Utama HIV

KUALA LUMPUR – Golongan homoseksual dan biseksual kini menjadi kumpulan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV dan AIDS terutamanya di sekitar ibu negara, kata pakar perubatan kesihatan awam.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr. Rohaya Ramli berkata, walaupun trend jangkitan HIV mencatatkan penurunan, namun terdapat perubahan terhadap pola jangkitan virus itu.

“Kalau dahulu sebanyak 80 peratus jangkitan HIV berpunca daripada penggunaan dadah, tetapi sekarang trend menunjukkan sebanyak 96 peratus jangkitan adalah melalui kaedah aktiviti seksual berdasarkan statistik sehingga Jun tahun ini.

“Sebanyak 65 peratus jangkitan adalah berpunca daripada golongan homoseksual dan biseksual, manakala 31 peratus adalah jangkitan dari hubungan seksual lelaki kepada wanita dan sebaliknya,” katanya pada program Nine11 di Bernama News Channel, hari ini.

Beliau berkata secara keseluruhan, jumlah jangkitan HIV yang direkodkan di seluruh negara sejak 1986 sehingga Disember lepas ialah sebanyak 110,000 kes.

Jumlah jangkitan penyakit AIDS pula sebanyak 23,000 kes dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 18,000 kes.

“Bagi kes kumulatif di Kuala Lumpur untuk tempoh yang sama, sebanyak 9,700 kes HIV dilaporkan, selain 3,600 kes AIDS dengan 2,300 jumlah kematian direkodkan,” katanya.


Dr. Rohaya berkata bagi mencapai sasaran kempen sifar jangkitan HIV di Kuala Lumpur menjelang 2020, Kementerian Kesihatan menjalankan program pencegahan dan kawalan yang memberi fokus kepada belia.

“Kita turut memberi tumpuan kepada golongan berisiko terdiri daripada pengguna dadah, pekerja seks wanita, golongan homoseksual dan ‘maknyah’.

“Antara langkah yang diambil adalah kita tekankan tentang bahaya HIV kepada golongan remaja supaya mereka dapat mengelak dan menghindari diri dari terlibat dengan hubungan seks sebelum berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Rohaya menyeru golongan yang berisiko dijangkiti virus HIV supaya segera menjalani ujian saringan dan sekiranya disahkan positif HIV, mereka perlu mendapatkan rawatan untuk menghentikan virus itu daripada merebak. – BERNAMA

Kategori