Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Mangsa Ke-7 Rabies Di...

KUCHING - Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan mangsa ketujuh wabak rabies atau anjing gila...

Keputusan Rayuan Bapa Mualaf...

Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan tarikh 17 Disember hadapan untuk keputusan rayuan berhubung hak...

Mayat, Rangka Kanak-Kanak Dihantar...

GUA MUSANG - Dua mayat dan dua rangka kanak-kanak yang dipercayai murid Sekolah...

Nora Danish Tutup Kafe...

BARU-BARU ini muncul khabar angin mendakwa pelakon Nora Danish bakal menutup kafe Kopi...

Hsien Loong Jumpa Donald Trump Akhir Bulan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menjadi hos kunjungan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, akhir bulan ini, kata Rumah Putih.

Topik utama agenda perbincangan kedua-dua pemimpin kemungkinan menyentuh isu berkaitan Korea Utara.

Dalam satu kenyataan mengumumkan kunjungan 23 Oktober ini, Setiausaha Media Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders, berkata:

“Presiden Trump berharap untuk mengukuhkan hubungan antara AS dan Singapura, yang menjadi satu daripada rakan rapat Amerika di Asia selama lebih 50 tahun.”

Singapura sekian lama meletakkan dirinya sebagai orang tengah yang menjadi jambatan antara AS dan China.

Bagaimanapun, pendekatan konfrontasi Trump dengan Beijing dan tindakannya membatalkan Perjanjian Dagangan Trans Pasifik (TPPA) yang termasuk Singapura menyebabkan hubungan itu goyah.


Trump juga mengambil pendekatan tegar terhadap urusan membabitkan rejim Korea Utara.

“Presiden dan Perdana Menteri akan membincangkan cara mengukuhkan lanjut ekonomi, politik, keselamatan dan hubungan antara individu serta berusaha memajukan pembabitan AS di rantau Indo-Pasifik,” kata Sanders. – AFP/BH ONLINE

Kategori