Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Terbuka Malaysia: Beregu Lelaki...

KUCHING - Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir di...

239 Kadet Sertai Kursus...

PORT DICKSON - Sejumlah 239 kadet yang menyertai Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri...

Pokok Tumbang Di P.Pinang...

GEORGE TOWN - Hujan lebat berserta angin kencang melanda Pulau Pinang malam ini...

Kerajaan Melaka Tolak Keras...

MELAKA - Kerajaan Melaka mengesahkan tidak pernah menerima permohonan penganjur bagi melaksanakan Perhimpunan...

Ibu Bapa Diingat Tak Abai Didikan Agama Anak

TAWAU – Umat Islam khususnya golongan ibu bapa di negeri ini diingatkan supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mendidik anak mereka ke arah membina generasi pewaris al-Quran, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata ibu bapa diharap tidak leka untuk membentuk anak-anak supaya celik al-Quran kerana mereka mempunyai alternatif untuk menghantar anak ke sekolah agama.

“Kanak-kanak seawal empat tahun sudah boleh didedahkan dengan bacaan al-Quran diikuti dengan hafazan,” katanya ketika merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu di Masjid Hidayatul Iman, Kampung Merotai Besar dekat sini.

Hamisa berkata penting untuk generasi muda kini dibekalkan ilmu agama sempurna kerana dikhuatiri mereka terjebak dalam aktiviti kurang sihat terutamanya gejala menagih dadah.


“Kita mahu generasi muda kita menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan menjadi pelapis kepimpinan negara, oleh itu asas didikan agama itu penting,” kata ADUN Tanjong Batu itu. – BERNAMA

Kategori