Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kantoi Sebar Foto Bogel,...

SEORANG suami mengambil keputusan drastik dalam menghukum perbuatan terkutuk isterinya selepas wanita tersebut...

Skuter Elektrik Jadi Penggerak...

KUALA LUMPUR - Skuad Polis Aman Wanita (Amanita) kini boleh bergiat lebih cergas...

Fazura Bakal Duet Penyanyi...

AKTRES cantik Nur Fazura mengakui dia bakal berduet dengan seorang penyanyi antarabangsa tidak...

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar...

KANGAR - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta di...

Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan

JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki rakyat Bangladesh, awal hari ini, bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan yang disyaki dilacur ibu mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kelima-lima pekerja kilang berumur 28 hingga 42 tahun ditahan itu di sekitar kawasan Senai dekat Kulai.

“Penahanan dilakukan ekoran tertangkapnya seorang wanita yang disyaki melacurkan kedua-dua anak perempuannya,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Mohd Khalil berkata kelima-lima lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru tengah hari tadi untuk mendapatkan perintah reman.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Rabu lepas, polis menahan seorang wanita, kerana disyaki melacurkan dua anak perempuannya yang berumur lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Wanita berumur 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Bintang, Senai, dekat Kulai, selepas polis bertindak atas maklumat awam.


Wanita itu disyaki melakukan kegiatan itu sejak sebulan lepas.

Dia disyaki membawa kedua-dua anaknya ke hotel terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki itu.

Wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal dipercayai menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan ‘urus niaga’ berkenaan.

Kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. -BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lacur

Kategori