Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PBB Group Tidak Bincang...

KUALA LUMPUR - PPB Group Bhd. hari ini mengesahkan ia tidak membincangkan mengenai...

Irama Nasyid Tanpa Suara...

UNIK… Mendendangkan lagu tanpa suara dan hanya bahasa isyarat mengikut rentak irama dan...

KFC Tutup Pekerja Balik,...

KAKITANGAN KFC di Novena Square, Singapura tanpa sengaja telah menutup dan mengunci peremis...

19,175 Pembeli Hartanah PKNS...

SHAH ALAM - Sebanyak 19,175 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum...

Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua

ALOR GAJAH – “Saya reda pemergian arwah. Ini kali kedua saya kehilangan anak. Pada 2012, saya pernah melalui pengalaman pahit kehilangan kakaknya yang meninggal dunia pada usia sama akibat jangkitan paru-paru.

“Saya dapat tahu Siti Sarah sekeluarga terlibat kemalangan pada pukul 11 malam tadi daripada ahli keluarga suaminya dan diberitahu arwah meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Esah Othman, 58, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah.

Beliau adalah ibu kepada Siti Sarah Azahari, 34, yang terbunuh dalam nahas di Kilometer 197.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah ke utara berhampiran susur keluar Tol Ayer Keroh malam tadi.

Siti Sarah yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang Jaya, Selangor maut setelah kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki mangsa bersama suami dan dua anak lelakinya tidak sempat mengelak dan merempuh sebuah treler yang terbabas di laluan bertentangan.

Difahamkan ketika kejadian Siti Sarah sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Saujana Putra, Selangor selepas menghadiri majlis kenduri di Kulai, Johor.

Pemandu treler berkenaan P. Vedantham, 56, turut meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Esah berkata berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di sebelah pusara kakaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Asam Kumbang, Bemban, Jasin.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Supt. Mohd Sham Abdullah berkatakemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Siti Sarah tidak sempat mengelak dan merempuh sebuah treler yang terbabas di laluan bertentangan.


“Akibat kemalangan itu, mangsa dan pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang di dalam kereta iaitu suami mangsa Mohd Nazri Kamaruddin, 34, mengalami patah kaki dan kedua-dua belah tangan.

“Anak lelaki mangsa Ahmad Syahmi Ikhwan, 6, mengalami pendarahan di dalam kepala dan Ahmad Syafwan Iman, 4, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut beliau mayat Siti Sarah dan pemandu treler itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera diberi rawatan di Hospital Melaka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori