SEJAK berita pembenaran wanita Saudi untuk memandu kereta mencetuskan sensasi oleh media di seluruh dunia, pelbagai reaksi masyarakat dapat diperhatikan.
Ada yang melabelkan inisiatif Raja Salman itu sebagai “satu tapak ke hadapan” buat hak asasi wanita di Arab Saudi, dan ada pula yang sangsi jika tahap kemalangan jalan raya akan meningkat selepas ini!
Bagaimanapun, bukan semua memandang perkara tersebut dari sudut sosial dan kemasyarakatan.
Selain aspek keseimbangan harga minyak dunia dapat dicapai, pembubaran undang-undang itu juga bermakna penjualan automobil akan meningkat menjelang tarikh efektifnya iaitu pada Jun 2018.
Oleh itu, kini syarikat-syarikat pembuat kereta giat berlumba-lumba untuk mempromosikan produk mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan witty yang mampu menarik perhatian pembeli.
Dalam banyak-banyak iklan yang kami pernah lihat berkaitan isu ini, ‘persembahan’ Ford lah yang paling berkesan dan memberi makna mendalam.
Menerusi akaun Twitter Ford Middle East, syarikat itu memuat naik gambar bayang sepasang mata wanita di cermin rear view yang tampak seperti wanita memakai niqab atau burqa, berserta kapsyen: “Selamat datang ke kerusi pemandu.”
Bijak, kan?
Kesederhanaan iklan ini membuktikan konsep minimalis mampu menyampaikan mesej yang lebih tepat dan dekat di hati masyarakat. Kami pun teringin nak pakai Ford lepas ni!-MYNEWSHUB.CC