Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lebih 1,000 Pemegang Kad...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,022 pemegang kad kredit diisytiharkan muflis disebabkan kegagalan menyelesaikan...

LTTE: Kes Pengutip Besi...

KUALA LUMPUR - Kes pengutip besi buruk, A Kalaimughilan yang didakwa terbabit dengan...

Perak Belum Lantik Syarikat...

IPOH - Kerajaan negeri ketika ini masih belum membuat sebarang ketetapan untuk melantik...

Gambar Pengantin Lelaki ‘Baby...

MEDIA sosial Facebook sejak semalam viral dengan gambar pasangan pengantin dari Sungai Petani,...

Ini Sekolah Terbijak Ada 10 Pelajar IQ Lebih 140

KEBANYAKAN sekolah akan cukup gembira jika mempunyai walau seorang pelajar yang pintar tetapi bagi sekolah ini iaitu St. Bede’s Catholic College, ia disifatkan sebagai sekolah paling cerdik di Britain.

Ini kerana ia mempunyai 10 pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi hingga mereka secara rasmi dinobatkan sebagai genius.

Ia bermakna pelajar ini mempunyai IQ 140 ke atas. Malah dua pelajarnya iaitu Isabel Romero dan Molly Dolan mempunyai 1Q 161, melebihi Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Isabel Romero dan Molly Dolan.

Susulan itu, Mensa telah menawarkan kepada 10 pelajar ini untuk menjadi sebahagian daripada pertubuhan itu.

Dalam pada itu, Isabel, 14, yang memperolehi IQ 161 berkata, dia sangat gembira bila ditawarkan untuk menganggotai Mensa.


“Apabila saya menerima keputusan ujian IQ itu, saya sangat terkejut dan amat gembira,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori