Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wajah Mirip Artis, Remaja...

DEK memilik wajah mirip beberapa artis terkenal tanah air dan luar negara, seorang...

Kematian Akibat Keracunan Arak...

KUALA LUMPUR – Jumlah terkini kematian akibat keracunan alkohol di seluruh negara setakat...

Air Mata Agong Lambang...

PEKAN - Keperibadian dan kasih seorang anakanda yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan...

Tiada DNA Manusia Pada...

PUTRAJAYA - Ujian makmal veterinar mendapati tiada asid deoksiribonukleik (DNA) manusia pada anak...

Israel Tangguh Perluasan Penempatan Yahudi

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertindak menangguhkan proses undian rang undang-undang berhubung penambahan penempatan Yahudi, di sini, yang mencetuskan kontroversi.

Rang undang-undang itu dijangka menjalani proses undian pada peringkat jawatankuasa menteri hari ini, dalam usaha mempercepatkan proses kelulusan di Parlimen.

Bagaimanapun, pegawai kanan Israel yang enggan namanya disiarkan berkata, rang undang-undang itu memerlukan ‘persiapan diplomatik’, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, keputusan berkenaan dilihat sebagai tanda Netanyahu mahu mengadakan perbincangan dengan Rumah Putih terlebih dahulu, sebelum ia dilaksanakan.

Ia berikutan desakan Washington supaya rundingan damai antara Israel-Palestin diadakan semula.


“Undang-undang itu perlu menjalani proses persiapan diplomatik dan atas sebab itu, ia akan ditangguhkan buat sementara,” katanya.

Rang undang-undang itu akan menyebabkan perluasan kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat hingga ke Baitulmaqdis dengan penambahan kawasan sempadan. – AFP/BH ONLINE

Kategori