Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Putrajaya Jangan Ingat Sarawak...

KUALA LUMPUR - Seorang wakil rakyat Sarawak memberi amaran kepada Putrajaya agar jangan...

Senyum Dan Tunjuk Isyarat...

TIADA sidang media atau pengumuman mengenai pembentukan kerajaan baharu dibuat selepas Majlis Makan...

Mahkamah AS Gugur Kes...

WASHINGTON DC - Lucu dan karut... Ia bukan sahaja kelakar malah tidak masuk...

Erin Malek Selamat Bersalin...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Erin Malek dan suaminya, Mohamed Fariz yang selamat menimang...

Israel Tinggalkan UNESCO Sebab Anti-Israel

PARIS – Israel mengumumkan turut menarik diri daripada agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selepas Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian atas alasan sikap berat sebelah.

Pengunduran AS adalah tamparan hebat terhadap pertubuhan yang berpangkalan di ibu kota Perancis itu kerana Washington adalah penyumbang satu perlima dananya.

UNESCO ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk melindungi warisan sejarah dan semula jadi di seluruh dunia.

Badan itu mengiktiraf beberapa Tapak Warisan Dunia seperti bandar purba Palmyra di Syria dan Taman Negara Grand Canyon di AS.

“Ini keputusan penting yang mencerminkan kebimbangan AS terhadap UNESCO. Ia memerlukan reformasi besar kerana berterusan mengambil pendekatan anti-Israel,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam satu kenyataan.


Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berkata Israel akan menarik diri sambil menyifatkan keputusan AS sebagai berani dan bermoral. – Reuters/BH ONLINE

Kategori