Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Paparan Grafik Bagaimana Nahas...

KEMALANGAN di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada awal pagi Sabtu lalu meninggalkan dua...

PH Perlukan 6 Bulan...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan...

India Haram Wang 500...

NEW DELHI - Pemerintah India pada Rabu bertindak menarik balik edaran wang kertas...

Netizen Turut Berkongsi Kesedihan...

BERITA kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim bukan sahaja meninggalkan...

Isteri Direman Bantu Siasat Kes Suami Maut Ditikam

MUAR — Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman seorang wanita muda bagi membantu siasatan kes suaminya yang maut akibat ditikam dalam kejadian pada kira-kira 1.40 tengah hari di sebuah rumah di Sungai Abong di sini semalam.

Tempoh reman selama enam hari sehingga 20 Oktober terhadap wanita berumur 18 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Kompleks Mahkamah Muar di sini.

Terdahulu, wanita itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bertudung hijau dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.40 pagi.

Wanita itu yang merupakan peniaga makanan dan suaminya yang berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pemotong ayam di pasar berkahwin kira-kira enam bulan lepas. — BERNAMA

Kategori