MENAKUTKAN… Seorang wanita, Willyene Mathias sempat merakamkan saat kematian di tangan suami sendiri selepas lelaki itu melepaskan dua das tembakan ke mukanya susulan satu pergaduhan.
Mathias, 22, menggunakan telefon bimbitnya untuk merakamkan pergaduhan dengan suaminya di rumah mereka di Santana de Cataguases, Brazil.
Selepas seketika, lelaki itu, dikenali sebagai Juliano telah mengangkat baju lalu mengeluarkan pistol di pinggangnya lalu melepaskan tembakan ke arah Mathias.
Menurut media tempatan, Midia Mineira, pergaduhan itu bermula selepas Mathias dituduh menjaja cerita buruk mengenai Juliano. Mereka sebelum ini telah bergaduh mengenai anak mereka.
Mathias dikatakan merakamkan insiden pergaduhan itu untuk menunjukkan perangai suaminya dan membuktikan dia telah dicederakan.
Malangnya, Juliano telah menembak mati isterinya selepas dua minit mereka bertengkar .
Selepas menembak Mathias, Juliano masih memaki isterinya yang terbaring berlumuran darah di atas lantai.
“Kau akan ke neraka,” kata Juliano. – MYNEWSHUB.CC