Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Bukan Rangka Anak Lelaki...

Melaka - “Berdasarkan gambar rangka manusia yang menjadi viral, saya rasa itu bukan...

Kanada Negara Pertama Letak...

OTTAWA: Kanada bakal menjadi negara pertama di dunia yang meletakkan notis amaran pada...

Messi Jaring Gol Ke-100...

BARCELONA - Bintang kelahiran Argentina, Lionel Messi menjaringkan golnya yang ke-100 dalam Liga...

Sabah Kembali Dilanda Banjir,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor semakin...

Isu Dobi: Menteri, KP Jakim Mohon Jumpa Sultan Johor

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha, akan memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Othman berkata, ia berkaitan isu Pegawai kader Jakim di Penjara Kajang, Zamihan Mat Zain, yang menyampaikan ceramah menyentuh mengenai dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya amat menyanjung tinggi titah Sultan Ibrahim berkaitan agensi itu hari ini.

“Saya selaku Ketua Pengarah Jakim dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan segera memohon perkenan untuk menghadap Sultan Johor berkaitan isu Ustaz Zamihan, yang menyampaikan ceramah menyentuh mengenai dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, hari ini menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) supaya berhenti berurusan dengan JAKIM.


Baginda bertitah, JAKIM juga tidak perlu lagi memberi pandangan kepada Johor membabitkan hal ehwal agama Islam.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas tindakan Zamihan yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor. – Berita Harian

Kategori