Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Matador Maut Ditanduk Lembu...

PARIS - Akibat kakinya tersangkut pada pakaian, matador kelahiran Perancis, Ivan Fandino, meninggal...

Pakatan Harapan Ketandusan Calon...

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat menjadi calon perdana menteri...

Datuk Zulkefli Pengurus Besar...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh...

Bayi Usia 5 Hari...

India – Seorang bayi yang berusia lima hari, yang dilahirkan dengan `ekor’ sepanjang...

Isu Tanah: Titijaya Dapat Pampasan RM65 Juta

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Titijaya Land Bhd, Shah Alam City Centre Sdn Bhd (SACC), telah menerima notis selaras dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 daripada Pentadbir Tanah Petaling pada 11 Okt 2017, berhubung pampasan penggunaan tanah/pendudukan tanah sementara di Shah Alam pada RM65 juta.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata tanah tersebut akan digunakan untuk projek LRT Laluan 3 (LRT 3) dari Bandar Utama ke Johan Setia di Selangor.

Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Lim Soon Peng berkata syarikat itu sentiasa menilai pelbagai cadangan untuk mengoptimumkan nilai asetnya bagi semua pihak berkepentingan.

Pampasan yang diberikan itu dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi syarikat.

“Selain itu, pembinaan infrastruktur utama seperti LRT 3 dijangka dapat meningkatkan nilai jalan bersebelahan tanah dan hubungan pengangkutan kritikal,” katanya. – BERNAMA

Kategori