Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Anak Tiri CEO...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan semakan untuk...

Imigresen Tahan Wanita Asing...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 12 wanita warga asing yang bekerja...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter melanda ...

97.8 Peratus Perbelanjaan IKSIM...

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM7.43 juta daripada RM7.6 juta perbelanjaan dan pembayaran yang...

Jabatan Kimia Periksa 3 Kenderaan Kemalangan Maut

IPOH – Jabatan kimia akan menjalankan pemeriksaan ke atas tiga kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang meragut sembilan nyawa di Km45, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Di Awan, Kampar, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata pemeriksaan dijalankan hari ini ke atas lori air batu, van dan Proton Saga Iswara itu bertujuan mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Dijangka keputusan pemeriksaan itu serta keputusan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan ujian darah akan keluar dalam tempoh dua minggu.

“Selepas itu pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Ipoh, Batu Gajah dan Sungai Siput di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, sembilan termasuk lapan wanita pekerja ladang sengkuang di Malim Nawar maut selepas van dinaiki dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan.


Sementara itu, pemandu lori yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dibenarkan keluar daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini Ahad lepas. – BERNAMA

Kategori