Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Iran Dakwa Tahan Pihak...

TEHRAN : Media kerajaan melaporkan pihak berkuasa Iran menahan anggota rangkaian dikaitkan dengan...

Jana Wibawa: Seperti ‘Dirancang’,...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Rancang Solusi Holistik, Elak...

KUANTAN - Satu solusi yang lebih holistik dan terbaik perlu dirancang bagi mengelak...

Awas Wabak Denggi Selepas...

PETALING JAYA - Setelah mengalami kesan jerebu, kini orang ramai perlu berhati-hati dengan...

Jaga Imej Jakim Semasa Dan Di Luar Waktu Tugas

BANGI – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha mengingatkan pegawai dan bekas pegawainya menjaga imej jabatan itu walau di mana sahaja agar institusi keagamaan tersebut dihormati masyarakat.

Beliau berkata mereka seharusnya membawa imej Isam yang maju sesuai dengan nama ‘Jabatan Kemajuan Islam’.

“Kita kena bawa Islam yang maju bukannya yang mundur dan maju itu adalah dalam konteks yang lebih luas termasuk dari segi peningkatan diri kita, dari segi berhubung dengan orang lain.

“Maknanya kalau kita berkomunikasi, orang akan cakap… memang sesuai dia sebagai orang Jakim,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) 2017 di sini hari ini.

Othman berkata sebagai petugas di agensi kerajaan, pegawai Jakim juga bertanggungjwab menjaga nama baik kerajaan.

“Kita tidak mahu kerana tingkah laku kita, nama kerajaan akan tercemar,” katanya.

Katanya pegawai Jakim juga sama guru yang tetap dipanggil guru oleh masyarakat sekalipun telah bersara.


“Di Jakim bukan sahaja yang bergelar ustaz masyarakat panggil orang Jakim, tetapi pegawai-pegawainya pun yang pernah bertugas di Jakim orang panggil bekas orang Jakim,” katanya.

Terdahulu, Othman menyampaikan sijil tinggi kepada 163 peserta terdiri daripada pegawai Skim Hal Ehwal Islam dan juga penjawat awam pelbagai agensi yang mengikuti kursus-kursus anjuran ILIM.

Kursus-kursus tersebut ialah Pengurusan Sains Dakwah, Muamalat, Bahasa Arab, Kaunseling Syarie dan Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam, Pengurusan Fatwa dan Ruqyah Syarie. – BERNAMA

Kategori