Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tawan Semenanjung Dengan Kayuhan...

JIKA sebelum ini kecoh misi sepasang suami isteri yang ingin menunaikan ibadah umrah...

PAS Tetap Kerjasama Dalam...

PAS akan tetap menjalinkan kerjasama dengan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP dan...

Berebut Harta Pusaka Punca...

LELAKI maut selepas kepalanya dihentak oleh adiknya sendiri menggunakan alat pemadam api di...

Penumpang British Selamba Ambil...

PASTI cuak dan panik jika penerbangan yang kita naik tiba-tiba dirampas oleh individu...

Jailani Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran

PEKAN – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari mendahului senarai 100 penerima Darjah Kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Jailani merupakan seorang daripada 28 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Penerima SSAP lain ialah Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Rahman Md Yunos, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ramlan Ibrahim, Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Pengarah Macxen Sdn Bhd Datin Seri Eu Guat Yen, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohammad Mentek.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zulkifli Abu Bakar, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Datuk Dr Sallehuddin Ishak, Wakil Tetap dan Duta Besar Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Panglima Bantuan Udara Markas Pemerintah Bantuan Udara Leftenan Jeneral Datuk Normazlan Che Jaafar, Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Datuk Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gading Group (Malaysia) Sdn Bhd Datuk Johari Harun, CEO Permodalan Negeri Selangor Berhad Datuk Ahmad Omar, Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd Datuk Idris Md Yusof, Pengarah Eksekutif Growth Avenue Sdn Bhd Datuk Izudin Ishak.

Turut dianugerahkan SSAP Pengerusi Mula Holdings Sdn Bhd Datuk Harban Singh @ Harith Harban Abdullah, Pengerusi Pelan Transformasi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Datuk Mohd Amim A Wahab, Pengarah Urusan AMI Awana Sdn Bhd Datuk Chew Suen Wei, Dekan Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Prof Dr Ashgar Ali Ali Mohamad.

Pengarah Urusan TOA Development Sdn Bhd Mohamed Idris Mohamed Kassim, pengamal undang-undang A. Arnorld Andrew, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fajarbaru Builder Berhad Eric Kuan Khian Leng serta Timbalan Pengerusi dan CEO Nirvana Asia Group Kong Yew Foong.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan menganugerahkan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Eksekutif THSB Services Sdn Bhd Datuk Mohd Azwan Abdul Malik.

Seramai 13 individu pula dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk antaranya Pengarah Besar FELDA Ab Ghani Mohd Ali, Pengarah Kanan Pusat Kepimpinan Akademik Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Ahmad Nazri Muhamad Ludin, Panglima Wilayah Udara 1 Mejar Jeneral Datuk Mohd Faudzi Ahmad, Inspektor Jeneral Tentera Udara Markas Tentera Udara Mejar Jeneral Datuk Johar Razali Ahmad.


Penerima lain ialah Ketua Cawangan Khas Pahang DCP Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Sahabudin Abd Manan, Pengerusi Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia Mohd Radzi Harun, Pengarah Eksekutif KLCC Projeks Sdn Bhd Ir Hashimah Hashim, Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd Jovian Mandagie dan Ketua Pengarah The Flava Lab Sdn Bhd Mohd Marhaban Mohamed Nor.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 59 penerima antaranya Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Perdana Menteri Shahruddin Abu Sohot, Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia Prof Madya Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Pahang Ir Azman Ab Majid, Pengarah Peace Security Services (M) Sdn Bhd A. Robert Stephenson.

Pengarah Bina Maju Sdn Bhd Dr Chin Tun Leong, Pengarah Risikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Mohd Yusof Ismail, Pegawai Daerah Jerantut Tengku Nor Asmaliza Ku Lah, Pegawai Daerah Cameron Highlands Ishak Md Napis, Pengarah Latihan Perhutanan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, Pegawai Khas Menteri Pengangkutan Wong Kam Hor, Pegawai Pemerintah Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu Brigedier Jeneral Dr Zubir Ahmad.

Timbalan Komander Integrated Area Defence System (IADS) Brigedier Jeneral Sun Thong, Komander Pangkalan Udara Butterworth Brigedier Jeneral Jumali Selamat, Komander Pangkalan Udara Gong Kedak Brigedier Jeneral Suhaimi Hussain, Komanden Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Brigedier Jeneral Raja Ahmad Ikram Raja Othman.

Turut menerima DIMP ialah Komander Pangkalan Udara Kuantan Brigedier Jeneral Noor Mohamad Akmar Mohd Dom, Komander Pangkalan Udara Labuan Brigedier Jeneral Zulkifli Hamid, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman SAC Arjunaidi Mohamed, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan SAC Wan Abdullah Ishak, SAC Pentadbiran Pasukan Polis Marin Bukit Aman SAC Abdul Manaf Othman.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman SAC Datin Asmawati Ahmad, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor SAC K. Kumaran, Timbalan Ketua Cawangan Khas Pahang SAC Md Shuib Hashim, Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Mat Som, Ketua Bahagian Kawalan Penyakit Jabatan Veterinar Dr P. Loganathan, Penaung Pertubuhan Johor 1Care Society Mohamed Hadi Putera Halim.

Pengarah Kastam Cawangan Siasatan Kastam Rumainor Sarif, Pegawai Khas Kementerian Pendidikan Tinggi Prof Madya Dr Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Pengerusi MIC Pahang A. Shivalingam, Ketua Pengarah Pentadbiran MCA Lim Chin Hai, Ketua MCA Kelantan Lee Liew Loo, Bekas Ketua Biro Kumpulan Utusan Melayu Pahang Alang Ahmad Teh, Presiden Persatuan Industri dan Teknologi Kewangan Malaysia (MAFTI) Muhd Azrainuddin Zainal dan CEO Muslim Best Sdn Bhd Zaimi Azmi. – BERNAMA

Kategori