Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hard Rock Cafe Ipoh...

IPOH: Kafe hiburan terkenal, Hard Rock Cafe akan membuka premisnya di bandar raya...

1MDB: Ahmad Said Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan...

Boikotlah Telefon Bimbit Sekali,...

KUALA LUMPUR - Kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana bukan sahaja...

Hishammuddin Komited Bantu Mangsa...

Tidak dapat dinafikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein antara pemimpin kerajaan...

Jalan Raya Guna CMA Jangka Stabilkan Harga Getah

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) berusaha untuk mewajibkan penggunaan bitumen getah dalam pembinaan jalan raya baharu melalui satu dasar bermula pada pertengahan 2018, kata Timbalan Ketua Pegarah (Penyelidikan dan Inovasi), Dr Zairossani Mohd Nor.

Beliau berkata, jika jalan raya getah dilaksanakan secara skala besar, ia sudah pasti dapat menstabilkan harga getah yang mengalami penurunan selama ini.

“Sekiranya jalan raya di negara ini menggunakan getah, permintaan terhadap getah akan meningkat secara mendadak memandangkan bagi setiap kilometer jalan raya, ia memerlukan empat tan getah sekerap,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama.

Kini, projek perintis bagi jalan raya getah dilaksanakan di lima negeri iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Kedah, dan Negeri Sembilan.

Teluk Intan di Perak akan dimasukkan ke dalam senarai projek perintis itu bulan ini dengan pembinaanjalan raya getah sepanjang tiga kilometer dan diikuti 20 kilometer di Segamat, Johor yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Di Malaysia, kita mempunyai lebih 200,000 kilometer jalan raya dengan 10 hingga 20 peratus daripadanya diturap semula setiap tahun. Jangka hayat jalan raya berturap biasa adalah lebih pendek berbanding jalan raya getah.

“Jalan raya getah diformulasikan menggunakan getah sekerap, yang merupakan getah beku baharu, dengan proses pembekuan getah berlaku dalam mangkuk di pokok getah tanpa melibatkan proses pembuatan; dan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) untuk pembinaan jalan atau kerja-kerja penurapan semula,” katanya.

CMA adalah campuran getah sekerap berbitumin dan asfalt, yang merupakan bahan komposit yang digunakan terutama untuk turapan permukaan jalan raya.

Jalan raya getah dapat bertahan sehingga lapan tahun sebelum diturap semula, berbanding jalan raya biasa yang perlu diturap semula bagi setiap tiga hingga empat tahun.

Selain itu, LGM juga mengendalikan penyepaduan untuk penambahbaikan iaitu usahawan kecil getah​​​​​​​boleh memproses getah mereka sendiri untuk dijual pada harga lebih tinggi.


Pelan juga diwujudkan untuk menggalakkan lebih ramai belia menjadi sebahagian daripada industri getah memandangkan kerajaan merancang untuk meningkatkan kawasan penanaman getah di seluruh negara kepada 1.2 juta hektar menjelang 2020.

“Cabaran utama kami adalah kita mempunyai pekebun kecil yang semakin berusia. Golongan muda pula tidak berminat kerana mereka melihat pendapatan yang tidak lumayan dan mempunyai anggapan bahawa industri getah akan berakhir tidak lama lagi disebabkan kecanggihan teknologi.

“Anggapan mengatakan getah adalah industri yang meleset adalah salah. Ini kerana, getah asli merupakan komoditi yang tidak boleh digantikan dengan yang lain walaupun wujudnya evolusi​​​​​​​ getah sintetik,” katanya.

Sambil menjelaskan tidak ada yang boleh menggantikan kualiti dan kelebihan getah asli, terutama dalam industri pembuatan tayar dan sarung tangan perubatan, Zairossani berkata, memandangkan​​​​​​​jumlah penduduk dunia semakin bertambah, getah asli akan menjadi komoditi penting.

Ketika ini, harga getah asli (SMR 20) adalah antara RM5.90 dan RM6.40 sekilogram yang dianggap tidak begitu baik.

“Paras harga yang agak baik adalah RM7.00 hingga RM 8.00 sekilogram bagi SMR 20 dengan​​​​​​​pekebun kecil getah akan meraih lebih RM1,000 bagi setiap hektar. Bagaimanapun, berdasarkan kadar semasa mereka perlu mengusahakan kira-kira 1.2 hektar untuk meraih RM1,000,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan menyediakan peruntukan bantuan kepada pekebun kecil getah sekiranya​​​​​​​penanda aras SMR 20 susut di bawah RM5.50 sekilogram memandangkan harga bagi getah tidak diproses turun kepada hanya RM2.20 sekilogram. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • getah

Kategori