Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Wanita Baling Pelam Ke...

Venezuela - Marah kerana rayuan mendapatkan rumah tidak dihiraukan kerajaan, seorang wanita mempunyai...

Laporan Forensik Dedah Sumber...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, anggaran RM250,000 yang...

Suami Kantoi Dengan Isteri,...

SETELAH dua tahun menjalani bahtera perkahwinan bersama, barulah si isteri mengetahui bahawa suaminya...

Bayi Berusia Dua Bulan...

SEORANG wanita terkejut besar setelah melihat anak rakannya yang berusia dua bulan, bengkak...

Jalur Lebar Selaju 100 Gbps Perkasa 150 IPTA

KELAJUAN internet yang pantas adalah perlu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini dengan pantas.

Namun, purata kelajuan internet di Malaysia buat masa ini hanya mencapai 8.2 Migabit sesaat (Mbps), iaitu ditangga ke-66 dalam senarai di dunia.

Sementara itu Korea Selatan, memiliki purata kelajuan internet paling tinggi di dunia, dengan kepantasan 28.6Mbps.

Pun begitu, kadar kelajuan internet yang ‘menyakitkan hati’ ini dikhabarkan akan berakhir tidak lama lagi.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi mencecah 100 Gigabit sesaat (Gbps) menerusi Malaysian Research and Education Network (MYREN-X).

Difahamkan, lebih 150 institusi pendidikan tinggi (IPT) di seluruh negara akan menikmati jaringan internet setinggi 100 Gbps, yang akan dilakukan secara beransur-ansur menerusi MYREN-X.

Berikut dikongsikan senarai universiti dan kolej yang akan menerima penambahbaikkan ini:-


Universiti Awam (IPTA)

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Islamic International University Malaysia (IIUM)
  • Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Pertahanan National Malaysia (UPNM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Swasta (IPTS)

  • Multimedia University (MMU)
  • Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Monash University

Politeknik

  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Politeknik Sultan Idris Shah
  • Politeknik Banting
  • Politeknik Metro Kuala Lumpur
  • Politeknik Metro Johor Bahru
  • Politeknik Mersing
  • Politeknik Ibrahim Sultan
  • Politeknik Merlimau
  • Politeknik Nilai
  • Politeknik Port Dickson
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
  • Politeknik Seberang Perai
  • Politeknik Balik Pulau
  • Politeknik Metro Tasek Gelugor
  • Politeknik Ungku Omar
  • Politeknik Sultan Azlan Shah
  • Politeknik Kuching Sarawak
  • Politeknik Mukah Sarawak
  • Politeknik Metro Tawau
  • Politeknik Kota Kinabalu
  • Politeknik Kota Bharu
  • Politeknik Jeli
  • Politeknik Kuala Terengganu
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
  • Politeknik Muadzam Shah
  • Politeknik Metro Kuantan

Pengenalan MYREN-X ini juga dilihat sebagai salah satu batu loncatan Malaysia untuk memperbaiki mutu peningkatan jalur lebar dengan kadar penyambungan internet yang lebih baik.

Sebagai info, MYREN dihubungkan dengan Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Kebangsaan (NREN) negara seluruh dunia melalui talian Trans-Eurasia Information Network (TEIN) sejak 2006. –  MYNEWSHUB.CC

Kategori