Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peraturan Baharu Cermin Gelap...

AYER KEROH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan...

Korea Utara Putuskan Hubungan...

PYONGYANG - Korea Utara pada Jumaat mengumumkan ia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.Langkah...

Wartawan Wanita Terima Panggilan...

KOTA BHARU - Risau dengan panggilan ugutan bom yang diterima daripada individu tidak...

Bakar Diri Bantah Pencemaran...

WASHINGTON - Seorang peguam dan aktivis gay Amerika Syarikat (AS) maut selepas membakar...

Jangan Beli Barang Curi – Ketua Polis Daerah Semporna

SEMPORNA – Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas menasihatkan orang ramai agar tidak membeli barang yang dijual dengan harga meragukan kerana dikhuatiri barang curi.

Beliau berkata mereka yang membeli barang curi boleh dikenakan tindakan di atas kesalahan memiliki barangan tersebut, justeru sekiranya mengetahui sebarang urus niaga barang curi, orang awam diminta membuat laporan kepada polis.

Katanya ini berikutan sepasang suami isteri ditahan polis di kawasan terbuka di Kampung Dap-Dap di sini Rabu lepas selepas disyaki terlibat dengan kes kecurian alat kelengkapan renang di sebuah kedai skuba pada 20 Sept lepas.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek menjual barangan yang dicuri kepada beberapa individu di daerah ini serta menghantar barang itu ke Selatan Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Peter berkata suspek berumur 32 dan 35 tahun itu ditahan pada 11.30 malam dan pemeriksaan terhadap kedua-duanya menemukan barangan curi yang dilaporkan hilang oleh pemilik kedai skuba.


“Barangan curi termasuk diving mask, pengecas lampu, sebuah jam dive komputer, sebuah kamera Canon ditemui dalam milikan suspek lelaki,” katanya.

Peter berkata pasangan itu ditahan reman di bawah kesalahan Seksyen 457 Kanun Keseksaan selama tujuh hari yang berakhir hari ini. – BERNAMA

Kategori