Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Alyah Kongsi Gambar Sambut...

WALAUPUNƃā€šĆ‚Ā status hubunganƃā€šĆ‚Ā suami isteri mereka bukan lagi rahsia, boleh dikatakan jarang sekali penyanyi Alyah...

3 Maut Dalam Nahas...

TIGA terbunuh manakala, empat lagi cederaƃā€šĆ‚Ā dalamƃā€šĆ‚Ā satu kemalangan membabitkan enam kenderaanƃā€šĆ‚Ā di Kilometer 283, Lebuh...

Rakan Pasukan Mahu Kejayaan...

GEORGE TOWN - Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas FIFA 2016 diharap...

Kaitkan ‘Pedofil’ Dengan Hukum...

Satu kenyataan sensasi telah dikeluarkan oleh jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor...

Jangan Ketepikan Rawatan Moden Kanser Payudara

TAWAU – Golongan wanita di negeri ini diminta agar tidak mengetepikan kaedah rawatan moden di hospital bagi merawat kanser payudara, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Katanya, tindakan mengetepikan rawatan moden dan bergantung pada rawatan alternatif yang tidak efektif semata-mata hanya akan menyebabkan kanser merebak serta sukar dirawat.

“Golongan wanita perlu menjaga kesihatan dan kerap melakukan pemeriksaan payudara secara sendiri dan boleh mendapatkan rawatan susulan di hospital,” katanya.

Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian pada majlis Pink Oktober Run 2017 For Breast Cancer Awareness di Padang Bandar hari ini.

Katanya, kanser payudara tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit itu merupakan pembunuh utama wanita dengan risiko lima kali ganda kepada wanita yang mempunyai sejarah iaitu ibu atau adik-beradik perempuan sebagai penghidap kanser payudara.

Katanya, golongan yang paling tinggi berisiko menghidap penyakit ini adalah kumpulan umur 40 hingga 49 tahun dan 50 hingga 59 tahun dengan sikap tidak ambil tahu dan pengetahuan yang cetek mengenai kanser menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan wanita.

Hamisa juga berkata mengikut laporan pendaftaran Kanser Kebangsaan, ramai pesakit datang lambat ke hospital bagi mendapatkan rawatan iaitu 42 peratus pesakit telah berada pada tahap tiga dan empat.


Katanya 32 peratus daripada semua jenis kanser telah dikesan dalam kalangan wanita di negara ini yang berusia 45 tahun dan ke atas.

Sehubungan itu beliau berkata, diagnosis awal bukan sahaja akan meningkatkan peluang untuk rawatan yang berjaya tetapi juga menghindarkan kos rawatan tinggi.

Dalam masa sama, golongan lelaki juga diingatkan bahawa mereka turut berisiko mendapat kanser payu dara walaupun bilangannya sedikit berbanding golongan wanita.

Mengenai program itu, Hamisa berkata setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu membantu Kementerian Kesihatan menganjurkan kempen kesedaran mencegah kanser payudara. – BERNAMA

Kategori