Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hebat…Proton Saga ‘Mendarat’ Atas...

TAK tahulah kami berapa kelajuan kereta Proton Saga ini saat ia terbabas sehingga...

Kerajaan Negeri Harus Bantu...

KUALA LUMPUR - Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri...

Beli Tanah RM2 Bilion:...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan pegawainya yang terlibat dalam urus...

Denda Kontraktor Gagal Baiki...

KUALA LUMPUR - Kontraktor yang didapati gagal baiki dengan sempurna sebarang kerja pengorekan...

Jangan Tertipu Liberal Agama Atas Nama Akademik

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta umat Islam negara ini supaya tidak tertipu dengan usaha pihak tertentu yang berusaha meliberalkan Islam di Malaysia atas nama akademik dan kebebasan berfikir.

Kata beliau, perkara yang melibatkan tentang soal pahala dan dosa di sisi agama adalah jauh lebih penting daripada pandangan akademik dan profesional yang bertujuan menggerakkan `iblis’ dalam akal umat Islam negara ini.

“Walau atas nama akademik dan kebebasan berfikir, pahala dan dosa, juga taklif dan pembalasan adalah lebih daripada akademik dan profesional.. Usah tertipu dengan gerak iblisi dalam akal, apatah nafsu anda,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkongsi catatan seorang pensyarah beragama Islam tentang usaha meliberalkan Islam di Malaysia pihak tertentu melibatkan DAP dengan kerjasama sebuah universiti swasta tempatan melalui program berlatarbelakangkan akademik seperti berikut:

Forum bertajuk “Hate Crime And LGBTIQ: Where Is The Love?” (Jenayah Benci dan LGBTIQ: Dimanakah Cinta?) di sebuah universiti swasta pada 21 Ogos 2016.

– Perbincangan meja bulat bertajuk “Islamizing the State: Religious Politics In Malaysia” (PengIslaman Negara: Politik Keagamaan di Malaysia) di universiti sama pada 12 Februari 2017,


– Perbincangan meja bulat bertajuk “The Future Of Religious Freedom” (Masa Depan Kebebasan Beragama) di universiti itu pada 22 Mac 2015

– Perbincangan meja bulat bertajuk “Should Human Rights Always Outweigh Religious Rights?” (Patutkah Hak Asasi Manusia Sentiasa Mengatasi Hak Keagamaan?) di universiti tersebut pada 14 Jun 2015.

– Perbincangan meja bulat bertajuk “Rethinking Secularism in the Globalised Era: Seeing Beyond Modernity” (Pemikiran Semula Sekularisme Dalam Era Global: Melihat Melewati Kemodenan) di universiti berkenaan.MYNEWSHUB.CC

Kategori