Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jijik! Topeng Halloween Direka...

SETIAP 31 Oktober, masyarakat Barat akan menyambut perayaan Halloween yang sinonim dengan pemakaian...

Sejam Tahan Sakit Terperangkap...

SANDAKAN - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas...

Viral Wanita Ditelan Ular...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi...

Kepolisan Komuniti Diterima Baik,...

PUTRAJAYA - Program Kepolisan Komuniti diterima baik masyarakat dengan kini disertai lebih 40,000...

Jari Anak Dipotong Gara-Gara ‘Wacky Monkey’

SEORANG ibu berkongsikan kesedihan terhadap kejadian yang menimpa anak lelakinya yang berusia 16 bulan akibat bermain dengan permainan yang dikenali sebagai ‘wacku monkey’.

Wanita terbabit yang menggunakan nama Chell Shukapooh di laman Facebook mendakwa, disebabkan kecuaiannya, permainan yang dianggap tidak membahayakan pada awalnya itu menyebabkan anaknya mengalami luka agak serius.

Akibatnya, kuku dan isi jari tangan anaknya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

Dakwa ibu terbabit, anaknya mengalami kecederaan itu setelah memasukkan jari dalam lubang permainan tersebut.

“Jari dimasuk dalam lubang kecil dan kemudian apabila dipaksa keluar, hujung jari sampai hendak terputus disebabkan mainan itu kuat apabila tangan wacky monkey bertemu,” katanya dalam catatan 12 Oktober lalu.


Kesal terhadap apa yang berlaku, ibu terbabit menasihatkan orang ramai agar berhati-hati kerana khuatir kejadian sama berulang.

Perkongsian ibu tersebut mendapat 7,700 likes dan dikongsi 18,000 netizen.

Rata-rata netizen menasihati agar menjauhi permainan itu demi keselamatan anak kecil. – MYNEWSHUB.CC

Kategori