Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Kongsi Selfie Tunjuk...

SEORANG wanita dengan berani telah berkongsi gambar selfie dirinya yang menunjukkan kesan kanser...

Rosmah Dijangka Berdepan 20...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan...

Pencuri Letupkan ATM Di...

MELAKA - Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Taman Ayer Keroh...

RFID Perlu Lebih Promosi...

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi...

“JDT Tidak Perlu Menang Pun Piala Malaysia”

KUALA LUMPUR – “Kami tidak perlu memenangi Piala Malaysia untuk menjadi raja bola sepak tanah air,” kata Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards.

Menurut beliau, JDT tidak perlu membuktikan siapa raja bola sepak tanah air kerana semua pihak termasuk negara luar tahu siapa raja bola sepak tanah air yang sebenar.

“Dengan projek yang kami lakukan dan kejayaan di dalam dan luar padang, ia telah membuktikan kepada dunia luar yang lebih memberi pengiktirafan kepada kami berbanding di dalam negara sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDT bakal bertemu dengan pasukan Kedah dalam aksi final bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Terdahulu, Edwards berkata, JDT telah memenangi sebanyak lapan piala hanya dalam tempoh empat tahun setengah.

Kata beliau, JDT telah mencipta sejarah demi sejarah dan menjadi kelab pertama dalam negara bukan sahaja memenangi liga untuk tiga tahun berturut-turut tetapi empat tahun berturut-turut.


Tambah beliau, JDT juga telah melakar sejarah dalam peringkat antarabangsa apabila menjadi kelab pertama dalam negara melepasi peringkat separuh akhir Piala AFC sekaligus memenangi Piala AFC.

“Kami juga telah bermain sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat kelayakan kejohanan ACL di mana tiada kelab dalam negara yang mampu melakukannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori