Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tengku Sarafudin Badlishah Dimasyhur...

ALOR SETAR- Anakanda Sultan Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, hari ini dimasyhurkan...

Malaysia Sasar Antara 10...

KUALA LUMPUR - Malaysia menyasar kedudukan antara 10 destinasi pilihan utama pelancong menjelang...

Demi Pelangi, Krew Redah...

DALAM sesebuah karya, pemilihan lokasi penggambaran sememangnya memberikan peranan yang penting untuk membangkitkan...

Kehadiran Dr. M Ke...

KUALA LUMPUR - Kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan...

Jelajah Malaysia: Brendon Juarai Peringkat Ketiga

KULIM – Pelumba Afrika Selatan, Brendon Davids daripada pasukan Oliver’s Real Food Racing menyekat penguasaan Terengganu Cycling Team (TSG) selepas memenangi peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2017 dari Kuala Kangsar ke Dataran Kulim, hari ini.

Pelumba berusia 23 tahun itu menamatkan saingan sejauh 141.5km tersebut dengan catatan tiga jam, 20 minit dan 15 saat, dengan berkelebihan dua minit ke atas kelompok pelumba, untuk merampas jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan, daripada rakan sepasukan Ryan Thomas dari Australia.

Pelumba Afrika Selatan itu juga merampas gelaran Raja Bukit (jersi Polka Dot) selepas mengutip 10 mata daripada dua zon pendakian di Bukit Sumpitan dan Bukit Ijok, pada saingan itu yang merupakan perlumbaan jelajah tertua di Asia.

“Saingan hari ini adalah peringkat perlumbaan sukar yang pertama dalam jelajah ini, namun saya memperjudikan peluang dengan melakukan pemisahan awal daripada kelompok 20 pelumba semasa zon pendakian pertama (Bukit Sumpitan).

“Selepas melintasi jarak 112km, saya memutuskan untuk menjuarai peringkat ini. Sebenarnya, saya hanya mahu kemenangan dalam peringkat perlumbaan ini, namun jersi kuning adalah bonus buat saya,” kata Brendon selepas perlumbaan berkenaan.

Pelumba Malaysia, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi daripada pasukan PDRM menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 3:22:31s, manakala pelumba Indonesia Aiman Cahyadi daripada pasukan Sapura Cycling di kedudukan ketiga dengan masa 3:22:34s.


Pelumba TSG Nur Amirull Fakhruddin Mazuki memenangi peringkat pertama dari Shah Alam ke Hutan Melintang pada Selasa, manakala rakan sepasukannya Muhamad Adiq Husainie Othman menjuarai peringkat kedua dari Lumut ke Kuala Kurau, semalam.

Dalam pada itu, Nur Amirull Fakhruddin mempertahankan gelaran Raja Pecut (jersi hijau) selepas mengumpul keseluruhan 41 mata, termasuk lima mata daripada tiga zon pecutan di Lenggong, Selama dan Serdang hari ini.

Pelumba pasukan Sapura Cycling Muhammad Zawawi Azman (MAS) dan Ryan, masing-masing mengekalkan jersi merah (pelumba terbaik Malaysia) dan kelabu (pelumba muda terbaik), selepas perlumbaan hari ini.

Saingan peringkat keempat dan paling mencabar pada jelajah edisi ke-53 sejauh 101.3km itu, akan bermula di Kulim dengan tiga zon pecutan di Merbau Pulas, Bukit Selambau dan Gurun, sebelum berakhir dengan zon pendakian kategori hors menuju ke puncak Gunung Jerai, setinggi 1,217 meter. – BERNAMA

Kategori