Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menteri Pertahanan Lawat RKAT...

KUCHING - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini melakukan lawatan ke Rumah Keluarga...

MUDA Dakwa Dahului Majoriti...

KUALA LUMPUR : Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa parti itu mendahului majoriti di...

Permintaan Tinggi Sumber Ikan...

KUALA TERENGGANU - Permintaan ikan yang tinggi daripada pengguna di awal Ramadan antara...

Najib Doakan Kejayaan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya...

Jenazah Syzlin Hataman Tiba Di Tanah Air

SEPANG – Jenazah Syzlin Hataman, warga Malaysia yang pernah dipenjarakan di Peru setelah menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa, tiba di tanah air hari ini untuk dikebumikan di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor.

Syzlin, 43, meninggal dunia di Hospital Nacional dos de Mayo, Lima di Peru pada 7 Oktober lepas kerana komplikasi beberapa penyakit.

Jenazah Syzlin tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini melalui penerbangan KLM KL809 kira-kira 2.30 petang, dan antara yang berada di perkarangan kompleks itu ialah Setiausaha Bahagian Operasi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM), Mohd Shoubli Jamal serta beberapa anggota biro yang lain.

Jenazah Syzlin kemudian dibawa ke kampung halamannya menggunakan van jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh pada 9 malam ini.

Pengerusi BiKUM, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasrah dalam satu kenyataan yang dibacakan Mohd Shoubli, berkata BiKUM kini memfokuskan untuk membawa pulang dua lagi mangsa sindiket dadah yang sedang menjalani hukuman penjara di Peru.


Beliau berkata walaupun berdepan kerumitan, pihaknya tetap berusaha menyelesaikan urusan itu secepat mungkin dan sedang melakukan proses berkaitan dengan pihak-pihak yang berkenaan. – BERNAMA

Kategori